Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Thursday, 8 November 2012

Jika Kamu Sedih Bacalah Al-Quran

KEHIDUPAN di dunia ini sentiasa silih berganti antara kebahagiaan dan penderitaan. Ketika ditimpa kesusahan, jiwa menjadi gelisah dan murung kerana memikirkan permasalahan dihadapi.
Kata Ibnu Mas’ud, bagi setiap kegembiraan ada kesedihan dan tidak ada satu tempat pun yang dipenuhi kesenangan kecuali tempat itu juga diisi oleh kesedihan.
Biasanya kita akan berehat atau melakukan sesuatu aktiviti bagi mengatasi masalah emosi. Sebenarnya ubat paling mujarab ialah membaca al-Quran, iaitu amalan yang semakin ditinggalkan kecuali apabila tiba Ramadan.

Selain mendapat pahala, membaca al-Quran adalah mukjizat agung dalam membaik pulih kegelisahan jiwa dan mengatasi kemurungan hidup.

Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” (Surah al-Israa’: 82).

Firman Allah lagi bermaksud: “Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yunus: 57). 
 
Membaca al-Quran selain satu ibadat, juga boleh menjadi ubat atau terapi mengubati jiwa yang gelisah, gundah atau ketika fikiran berserabut.
Diriwayatkan, ada seorang lelaki datang menemui Abdullah bin Mas’ud untuk meminta nasihatnya kerana lelaki itu sedang berserabut dan jiwanya resah gelisah. Abdullah kemudian menasihatkan lelaki itu: “Pergilah kamu ke tempat orang yang membaca al-Quran dan mendengar baik-baik orang membacanya. Kamu juga boleh membacanya sendiri.”

Selepas itu, lelaki berkenaan pulang dan mengamalkan pembacaan al-Quran seperti dinasihatkan Abdullah bin Mas’ud. Lelaki itu berasa jiwanya cukup tenang dan amat tenteram. Fikirannya tidak lagi berserabut memikirkan masalah dunia.
Sebenarnya bukan lelaki itu saja membaca al-Quran berasa tenang dan aman, tetapi semua orang yang membacanya dengan hati khusyuk ditambah pula memahami akan maknanya akan mampu merasai kemanisan iman. Begitulah hebatnya mukjizat al-Quran.

Membaca al-Quran adalah satu cara mengingati Allah. Orang yang sentiasa mengingati Allah dalam apa situasi sudah pasti jiwa berada dalam keamanan dan tenteram.
Firman Allah bermaksud: “Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d: 28).

Oleh itu, jadikan membaca al-Quran sebagai gaya hidup dan jangan membacanya tatkala ditimpa masalah saja. Kesungguhan membaca al-Quran akan memantapkan rohani dan menjernihkan hati. Ingatlah Allah pada waktu lapang, tentu Allah akan ingat dan bantu kita ketika susah.
Allah membekalkan mukjizat teragung al-Quran sebagai rahmat dan mereka yang membaca atau mendengar bacaan ayat suci itu akan diberikan Allah kekuatan dalaman. Amalan membaca al-Quran diakui metodologi sempurna dalam mengubat penyakit jiwa atau psikoterapi.
Segala gangguan jiwa seperti kemurungan, fikiran berserabut dan cepat panik dapat diatasi dengan membaca al-Quran. Lebih lama kita membacanya, jiwa menjadi semakin aman tenteram. Inilah rahmat kurniaan Allah.

Antara bacaan ayat al-Quran yang dijadikan sebagai penyembuh jiwa ialah surah Yasin. Syeikh Mohd Alawi Al-Malik mengatakan, surah Yasin banyak kelebihannya kerana menurut Rasulullah, surah Yasin adalah hati al-Quran.

Sahabat Rasulullah, Abu Hurairah ada berpesan: “Sesungguhnya akan lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya al-Quran dan akan banyaklah kebajikan dalam rumah itu dan akan datanglah para malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran, akan mendatangkan kesempitan kepada penghuninya. Di samping itu, kebajikan akan berkurangan, para malaikat akan keluar dan syaitan akan memasuki rumah itu.”

Membina kehidupan bahagia menjadi impian semua. Justeru, satu cara terbaik memantap jiwa dan hati menghadapi masalah hidup ialah dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran.

Friday, 19 October 2012

Bahana Pihak ke 3

Salam Jumaat yang Barakkah..
Semoga kita sentiasa dilimpahkan rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T
Assalamualaikum :)

Selama ini aku sering mendengar di novel2, drama2 dan filem2 walhal kisah kehadiran orang ke 3 ini dalam sebuah perhubungan. Tak kira ikatan perkahwinan, pertunangan atau percintaan pasti akan goncang sebuah perhubungan itu pabila hadirnya pihakke 3 ini.Ianya umpama racun berbisa yang menyimbah sebuah perhubungan yang sebelum ini bahagia.

Dugaan dan ujian dari Allah S.W.T tiada siapa yang mampu menghalang. Kebahagiaan yang dikecapi selama ini akhirnya dikotori noda hitam dengan kehadiran pihak ke 3. Redha atau pasrah walaupun hati  tak mampu menerimanya. Untuk apa pihak ke 3 ini hadir?
Tidakkah pihak ke 3 ini berfikir bagaimana perasaan orang ke 2 yang diduakan?

Untuk apa?

Kehadiran orang ke 3 mampu saja membuat airmata yang tenang menjadi jurai yang  deras. Hati yang tenang selama ini menjadi gundah.
Apakah faktor 2 ini pihak 1 menghadirkan pihak ke 3 ini?

Sunyi?Soal hati dah berpaut?Kurang kasih sayang? Kurang perhatian?

Kesian Hati. Hati tercalar, dirobek-robek dan di siat-siat.Hati yang terpaksa melihat dan menanggung derita merana. Kebahagian hati kini beralih ruang hati yang baru. Hati kecewa memendam rasa, menjeruk hati kerana apa yang telah berlaku mana mungkin dapat diputarkan kembali.
Ganjaran kebahagian untuk pihak ke 3 yang berjaya merampas dan memusnahkan istana orang lain tersenyum puas. Wahai pihak ke 3 di suatu masa setiap perbuatan yang mencalarkan hati manusia pasti akan menerima pembalasannya! Setiap perbuatan akan dibayar balik kepada pembuatnya!

Berfikirlah dan renunglah seandainya pihak ke 3 di duakan, mampu kah pihak ke 3 ini menerimanya?? Hentikanlah perbuatan merosakkan hubungan oranglain.

Kepada mereka yang dilukai..kembali kepada Allah S.W.T.
Hanya Allah S.W.T yang lebih mengerti akan hati yang luka.
Jangan malu untuk mengadu kepadaNYA..sesungguhnya Allah tidak pernah jemu untuk mendengar
kembalikan hati kepada Allah, insyaAllah jalan keluar ada padaNya...






Tuesday, 16 October 2012

Jangan Bersedih :(

Assalamualaikum :)

Lama benar aku tak melawat blog ni. Pernah jugak terpikir nak delete je account blogger nie-__- tp sayang jugak.Blog will become part of my life diary. Dalam beberapa tempoh sebenarnya banyak story , entry nak buat.tapi aku seolah-olah kekeringan idea untuk menulis plus aku agak lemah dalam bab penulisan ni. Dulu pon masa SPM subject penulisan result aku suam-suam kuku je :P

Dalam tempoh beberapa bulan banyak peristiwa pahit  manis dalam fasa kehidupanku. Peristiwa pahit memang amat pahit,kadang2 otak merengku pernah bertanya kenapa aku di uji sebegini?? dalam otakku kembali stabil hati memujuk setiap ujian ada hikmahnya atau setiap ujian adalah sebagai pembersihan dosa-dosa yang lalu. 
 

Hari demi hari aku lalui..peristiwa pahit itu banyak memberi impak pengajaran buat aku. InsyaAllah segalanya akan ku ambil sebagai perisai untuk diriku terus maju dalam hidup. Aku hamba yang lemah, lemah dari segala serbi..hahaha..padahal aku bukanlah manusia sejenis situ tetapi pabila peristiwa pahit itu berlaku aku seakan sedar dari tidur. Ya Allah banyak benar kesilapanku sebenarnya mengapa selama ini aku tidak sedar?? Dalam kesakitan aku di uji sebegini aku memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerna disebalik musibah ini manjadikan aku lebih rapat denganNYA.

Teman sepejabatku walaupun berlainan agama dan bangsa (bangsa tionghua) sering memberi nasihat dan semangat untukku. Hidup ini harus diteruskan walaupun apapun yang berlaku dalam hidup. Masih terniang di telinga pabila teman sepejabatku berkata begini "ini semua test dariTuhan".. dan katanya lagi.."perbaiki relationship u dengan tuhan" mana tahu satu hari u akan dapat kebaikannya"... Aku terpinga dengan katanya2. Memang ada kebenaran di sebalik kata-katanya itu.

Mulai detik ini aku berazam untuk memperbaiki hubunganku dengan Allah. Pabila kita menjaga hubungan kita dengan Allah, Insya Allah..Allah akan menjaga kita.Bukan hanya setakat hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia juga harus dijaga dan diperbaiki agar silaturrahim itu terus subur.

Semoga manfaat untuk diriku dan kalian :)












Thursday, 2 August 2012

Si Pengkhianat Islam

Assalamualaikum...Salam Jumaat yang barakkah :))
Hari ini dah masuk hari yang ke 14 kita berpuasa,alhamdulilah kita masih diberikan peluang untuk berpuasa di bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Pernahkah anda mendengar nama Mustapha Kamal Arttatuk??? Beliau adalah presiden pertama Turki lahir pada 19 May 1881 - 10 November 1938.Beliau juga di kenali sebagai Bapa Permodenan Turki.
Tapi rama yang belum tahu tentang kisah beliau yang sebenarnya sepanjang beliau menjadi presiden di Turki.
Sepanjang beliau menjadi presiden beliau telah mengenakan syarat-syarat yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam .


Diantara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan    kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Maha Suci Allah,tiada siapa yang dapat melawan kuasa Allah walaupun setinggi mana darjat seseorang manusia itu. Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.Nazubillah....


1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.


Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!


Semoga kita mendapat teladan dan pengajaran dari kisah ini. Kita hamba yang lemah dan kerdil di sisiNYA tidak mampu melawan kehendakNYA. Subhanallah ...

Monday, 30 July 2012

Betapa kerdilnya kita di sisiNYA :(

Assalamualaikum..
Alhamdulilah dah masuk hari ke-11 kita berpuasa.
Semoga bulan yang mulia ini memberi 1000 rahmat dan keberkatan kepada kita.
Perbanyakkanlah solat sunat, berzikir, doa sebagai bekalan kita ke sana kerna belum pasti lagi kita akan bertemu dengan Ramadan yang akan datang.. :((

Teringat saya kisah ketua pemimpin Kumpulan Al-Munnah bernama Amin, apabila membaca artikel mengenai beliau semasa di penjara..keinsafan menerpa di lubuk hati saya...Maha Suci Allah..walaupun beliau di jatuhi hukuman gantung sampai mati beliau kelihatan tenang dan semasa di penjara beliau seorang yang taat dengan suruhan Allah. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana perasaan ketika hukuman gantung semakin menghampiri.. -___- Maaf saya tidak dpt meneruskan lg, maka di sini saya copy&paste artikel tersebut.mohon keizinan dari MelayuKini.Net

Kisah Amin Ketua Kumpulan Al-Maunah Sebelum Ke Tali Gantung

Adakah anda mengenali dengan nama Amin? Beliau merupakan ketua kumpulan Al-Maunah yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Namun ada peristiwa menarik disebalik hukuman tersebut. 
Mungkin ada di antara kita tidak lagi mengetahui tentang apakah proses yang diperlukan sebelum banduan akhir dijatuhkan hukuman gantung (LINK). Itu proses, kini ada ada sebuah kisah yang mana ia diceritakan oleh seorang ustaz tentang apa yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. 

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama kepada banduan-banduan di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Amin.
 
Amin iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.  Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum.
Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.
Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.
Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.
Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.
Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… …
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.
Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.
Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir tempat air.

Wednesday, 30 May 2012

Hanya Sebuah Rasa


Hanya Sebuah Rasa ..
Jika sedang marah, pergilah ke bilik air dan mandi. Jika ada air pancur di bilik air itu, duduk di bawah pancuran dan biarkan air membasahkan kepala dan seluruh tubuh. Mandilah seberapa lama yang anda mampu, sampai menggigil kesejukan pun boleh. Apabila tubuh sudah dilap kering selepas mandi, nescaya kemarahan juga turut reda bersama kesejukan air yang mengalir ke tubuh. Ini pesanan yang pernah disampaikan kepada saya oleh orang yang lebih berpengalaman tentang kehidupan. Saya pernah mencubanya dan Alhamdulillah, cara itu menjadi. Biarpun rasa marah masih bersisa tetapi ia tidak lagi meluap-luap seperti sebelumnya.

Jika sedang resah gelisah dan keliru, pergilah ke bilik air dan ambillah wuduk. Kemudian sujudlah kepada Allah. Berbicaralah kepada-Nya dengan sepenuh hati. Jika ingin menangis di sejadah itu menangis sepuas-puasnya kerana selepas itu, jiwa akan kembali tenang. Saya pun melakukan cara ini dan selepas itu, saya dapat berfikir dengan lebih baik.

Jika sedang di dalam dilema untuk membuat sebarang keputusan penting dalam kehidupan, bangunlah di sepertiga malam. Ketika orang lain sedang lena diulit mimpi, kita memohon pertunjuk Allah. Bersolatlah dengan jiwa yang jernih dan hati yang kosong. Pasti bantuan Allah akan kita perolehi. Petunjuk dari Allah adalah sebenar-benar petunjuk. Ramai yang telah melakukan cara ini dan mereka tidak sia-sia. Dan ketika saya sedang menghadapi situasi untuk memilih, suatu masa dulu inilah cara saya gunakan untuk merujuk. Akhirnya Allah berikan petunjuk-Nya. Semuanya berjalan lancar selepas itu.
Dan jika anda tiba-tiba berasa sebal terhadap sesuatu perkara dan menyalahkan orang lain kerana berlakunya perkara itu, cuba bersendirian di dalam bilik sambil mendengar lagu-lagu beralunan lembut, sebaik-baiknya lagu-lagu kerohanian. Jangan tidur sebaliknya bertafakur dan selidiki semula apa punca sebenar berlakunya perkara itu. Benarkah langsung tidak ada kesalahan kita di sana? Apabila kita berfikir dengan tenang tanpa emosi, pasti kita dapat jawapan bahawa kita pun tidak sesempurna mana untuk menyalahkan orang lain. Ego sebenarnya yang membesarkan amarah itu.

Sebenarnya apa pun cara yang kita lakukan dalam hidup ini, kita tidak terlepas daripada sebarang ujian, kecil mahupun besar. Namun Allah memberikan kita pelbagai cara untuk menyelesaikannya, sama ada melalui cara kita sendiri atau datanglah mengadu kepada-Nya. Apa pun cara yang kita pilih selagi pilihan itu tidak melanggar hukum-hakam agama, lakukanlah. Apa yang penting, jangan sesekali kita biarkan ia kusut di dalam hati atau fikiran, tanpa apa-apa rawatan kerana membiarkan ia `busuk’ di hati dan fikiran akan mendatangkan `penyakit serius’ di belakang hari.
Allah telah permudahkan kehidupan kita dengan pelbagai cara. Dia juga menyediakan pelbagai jalan untuk kita ikuti. Laluilah dengan betul…

Credit kepada Majalah Wanita

Thursday, 1 March 2012

Erykah Badu

Assalamualaikum darlings :)

Erykah Badu??? Hmmmm...mostly kepada yang minat genre R&B,soul and hiphop tentu kenal dengan penyanyi kelahiran Dallas, Texas USA ni.
Hah..Bertatoo akhirnya memakan diri,itulah yang berlaku kepada Badu ni.Badu berasa kesal kerana memberi salah gambar tersebut.
Concert yang dijangka akan di Kuala Lumpur di batalkan gara2 tattoo tersebut.
Dua editor sebuah akhbar terkenal, telah di gantung tugas kerana meluluskan gambar untuk di siarkan di column media akhbar tersebut.
Menteri Kebudayaan dan Perlancongan Tan Sri Rais Yatim telah mengarahkan concert Badu dibatalkan serta-merta.Tindakan dua editor menyiarkan gambar Badu yang bertattoo tulisan Allah seolah-olah tidak menghormati sensitiviti Islam di negera ini.


Ramai yang menyokong dan ramai juga yang membantah dengan tindakan membatalkan concert Badu.
Walau apa jua alasan sekali, kita sebagai muslim khususnya harus peka dan sensitif dengan isu begini.
Jangan biarkan pihak tidak bertanggungjawab mempermainkan dan mempersendakan Islam sewenang-wenangnya.
Pendapat anda bagaimana? Tepuk dada tanya iman :)



Thursday, 23 February 2012

Misteri Poligami Dalam Perpektif Islam

Salam Sayang Blogger :)

Poligami... mendengar saja perkataan ini, kaum hawa khususnya agak pobia dengan perkataan POLIGAMI.
Tapi bagi kaum Adam pula, mereka akan tersenyum lebar sambil memasang angan2 untuk berpoligami.Agama Islam membenarkan Poligami, jika lelaki itu mampu,tetapi tidak pulak menggalakkan. Ramai kaum selalu salah faham mengenai erti sebenarnya poligami.Poligami boleh di umpamakan sebagai jalan susur di samping jalan utama. Ia tidak digalakkan sewenang-wenangnya, namun ia tidak juga dihalang secara total dan rigid.
Sesungguhnya Islam itu indah,praktikal dan realistik dalam menangani masalah manusia..Poligami memang di bolehkan sekiranya mereka berkemampuan dari segi materialistik dan rohaniah, disamping juga adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami bagi kesemua isterinya.



Apakah faktor2 yang mengharuskan poligami?

#Isteri tidak mampu melahirkan zuriat
Apabila membicara bab zuriat, kebiasaan lelaki menggunakan alasan sinomin ini untuk berpoligami, kononnya berpoligami adalah jalan terbaik daripada perceraian.Dalam konteks ini wanita harus melakukan pengorbanan yang mulia.. (Mampukah perempuan di sana melaksanakan pengorbanan ini...)

#Isteri Menderita Sakit Kronik dan Berpanjangan
Inilah juga salah satu faktor mengapa suami ingin berpoligami. Isteri yang menderita sakit yang kronik tidak mampu melayan suami baik dari segi zahir atau batin maka jalan terbaik untuk mengelakkan suami melakukan maksiat, si isteri redha membenarkan suaminya berkahwin lain.

#Suami Sering Bermusafir
Suami sering outstation?? Ada yang berbulan2 lamanya.. ataupun bertahun2..Bagaimana dengan tuntutan batin? Bagi para suami yang bermusafir untuk jangka masa yang lama, sang suami di haruskan berpoligami kerana ini satu cara untuk mengelakkan maksiat terjadi.

Sebenarnya ada banyak sebab2 untuk berpoligami..Islam itu indah..islam telah menetapkan hukum syarat yang mudah untuk berpoligami. Pokoknya sang suami harus bijak menangani, mengambil hati, melaksanakan tanggungjawab dgn penuh adil dan beretika untuk berpoligami.

Saya amat tertarik dengan penulisan satu artikel dari seorang blogger ni. Dari pengamatan saya..beliau bole saya tafsirkan seorang cekal, tabah dan sentiasa bermuhasabah diri dan berfikiran positif. Hasil penulisannya amat menyentuh jiwa saya, walaupun masih mentah dalam hidup bermadu, tetapi beliau amat positif.
Ini di antara luahan hati beliau :-


 "Apa pengalaman nurul menjadi isteri kedua..?" Tanya seorang ukhti.

Pengalaman yang macam mana tu..? Bagi saya, samalah seperti perkahwinan biasa – ada yang susah, ada yang senang, ada yang baik, ada yang sedih, ada yang ceria, ada yang tak baik, ada yang menarik…

Kita kongsikan yang baik-baiklah ya…

Hmm mungkin ada sebahagian kita yang tidak selesa dengan topik ini, namun izinkan saya berkongsi untuk mereka yang ingin mengumpul kisah dan pengajaran mengenai alam poligami.

Saya tidak menyuruh semua terlibat dengan poligami, namun semakin meningkatnya jumlah pasangan yang berpoligami, maka itulah salah satu tujuan perkongsian saya tentang poligami – memberi pendedahan atau mempersiapkan perasaan dan fikiran untuk kita menempuh alam yang isteimewa ini.

Saya pun berfikir-fikir perkara yang baik untuk dikongsi - yang relevan  dengan kehidupan sebagai kehidupan berpoligami. Hmm apa ya..?

Pertama, membantu memelihara rasa cinta di hati isteri. Cinta kepada suami. Juga cinta kepadaNYA. Setiap minggu, suami saya akan berada di rumah saya dua atau tiga hari. Hari-hari lainnya, suami samaada di rumah kakak isteri pertama atau suami bekerja di dalam/luar negara. Dua atau tiga hari inilah masa bersama suami, dimanfaatkan untuk kami sama-sama menghidupkan baitul muslim ini. Baru bertemu, kemudian berpisah.

Waktu kami saling berbaik-baik, perpisahan itu nyata makin menghidupkan perasaan, saling merindui dan mengharapkan lagi pertemuan. Waktu diuji dengan konflik di alam penyesuaian, perpisahan itu ruang merenung kesalahan dan memperbaiki kesilapan.. hmm samaada poligami dan monogami, setiap pernikahan ada masa berbaik-baik dan gaduh-gaduh kan...?;)

Cinta kepadaNYA .. moga makin mendalam. Moga poligami jadi wasilah yang mengeratkan kita pada tuhan. InsyaALLAH. Waktu sering ketiadaan suami, siapakah peneman? Siapakah pelindung? Siapakah pemelihara? Siapakah pendengar? ( hmm tapi bukankah sepatutnya pada ketika ada suami pun, ALLAH tetap menjadi peneman dan pelindung ...??? bukankah kekuatan dan pertolongan itu semuanya milik ALLAH…??)

Poligami membantu membawa diri ini mengingati suami sebagai pinjaman tuhan.. sehari dua ALLAH pinjamkan, suami kemudian pergi lagi. Kalau selepas itu tiada lagi pertemuan..? Maka sering saja perpisahan itu direncana agar berpisah dalam hati yang paling baik, penuh kasih sayang dan kemaafan.

Ya ALLAH bantulah kami menjadi hamba bertaqwa - agar kami berkasih sayang di dunia dan syurga... jadikan kami teman yang tidak bermusuhan di hari akhirat, jangan kami tidak lagi ENGKAU benarkan bertemu.

Kedua, isteri mendapat ruang kerehatan. Hak suami itu banyak.. hak lahiriah dan batiniah. Bukan sekadar menjaga makan minum, pakaian, hubungan seksual tapi yang lebih besar ialah pada seorang suami, isteri itu seharusnya wasilah terbaik meraih ketenangan dan memantapkan keimanan (walaupun ketenangan sebenar hanyalah pada hati yang zikrullah..)

Alhamdulillah jika kita adalah para isteri 24 jam sehari dan 7 hari seminggu menjadi isteri yang ceria, sabar, mendamaikan, penuh prihatin tapi sebenarnya dalam arus zaman yang bergerak laju, isteri kadang-kadang tak boleh cope dengan semua tuntutan.. Isteri pun ada waktu bermasam muka, murung, panas hati, sedih, bosan.. mudah saja untuk tampil keras dan kaku dengan roomate bernama suami..

Jadi dengan syariat poligami yang ALLAH gariskan, dengan hari-hari kebersamaan suami isteri yang terbatas, para isteri insyaALLAH punya ruang mempersiapkan dirinya yang terbaik dari segi fizikal, emosi dan fikiran untuk melayani suami dengan sewajarnya.

Yang penting, persiapan ruhiyyah yang tinggi juga harus dibina agar hati isteri dan hati suami selalu bersambung dengan kasih sayang ALLAH. (ohh bukankah dalam setiap keadaan ruhiyyahnya harus teguh…)

Semestinya suami mengharap isteri sumber ketenangan setelah di asak tekanan di tempat kerja - menghadapi kerenah anak buah atau bos, godaan materialistik dan sosial yang melemahkan iman, godaan dan ujian perempuan-perempuan yang jahil di luar sana, etc.. Isteri sangat diharapkan menjadi penghibur, penenang, motivator dan kaunselor.

Wah, suami saja kah yang diasak tekanan… perempuan atau isteri tak tertekan dengan kerja dan tanggungjawab lain..?

Tertekan juga, tapi perempuan sebenarnya lagi kuat. Lebih sabar, lebih lembut dan lebih cool berbanding lelaki hee.. Perempuan lebih baik dalam mengurus emosi kadang-kadang. InsyaALLAH andai iman menjadi perhiasan di hati-hati kita, di balik kesulitan, ada ketenangan yang menemani tingkahlaku dan ucapkata.. [ tak lah semudah yang di ungkapkan..]

Maka, poligami memberi sedikit time-break untuk isteri mengecaj hati hingga mampu bertemu suami dengan kondisi hati paling lapang dan menghiburkan..

Tapi kan, realitinya amat payah.. nafsu buruk dan syaitan durjana sering ingin mengucar kacirkan keadaan, benda-benda remeh mudah saja buat isteri merajuk menjauhi suami, benda-benda remeh mudah buat suami memarahi isteri..

Ketika suami di rumah, pastilah suami suka isteri-isterinya nya bagi perhatian penuh padanya, menyediakan keperluan sebaiknya etc..

Duhai para isteri, setuju tak khidmat pada suami dan rumahtangga ini meletihkan ...? Ya, ikhlas memang ada insyaALLAH tapi penatnya boleh tahan juga... :D

“Fuhh..lega suami akak pergi outstation tiga hari.. kalau tak, penat... mana nak layan anak lagi, nak masak untuk suami, nak siapkan kerja sekolah lagi…” ini antara dialog biasa yang didengar bila para isteri berkampung.

Justeru, poligami menyediakan kerehatan insyaALLAH. Merehatkan hati dan fikiran dari tanggungjawab isteri, boleh alihkan perhatian pada ibu bapa, anak-anak, rakan taulan, saudara seagama dan ummah yang merindui peribadi yang menegakkan agamanya..

Sebenarnya, kalau nak cerita kebaikan syariat poligami ALLAH ke atas kehidupan para hambaNYA, tak cukup dengan satu blog… Dan kemanisan jua kebaikan poligami ini dirasai berbeza-beza oleh suami dan isteri-isteri.

Untuk saya, inilah secebis kebaikannya. Untuk para isteri lain, saya percaya ada kebaikan dan cabaran tersendiri.

Dengan usia pernikahan saya baru tiga tahun, mungkin kata orang - realiti alam rumahtangga belum menjengah ya..? Apapun, terus lah kita saling mengingatkan dengan kesabaran dan kasih sayang..


Tuesday, 7 February 2012

Bunyi Aneh di Langit..Petanda Kiamat ?

Assalamualaikum blogger :)

Selamat kembali bertugas setelah bercuti 4 hari sempena cuti umum Malidur Rasul & Thaipusam ^__^
Kali ni sue nak share dengan uolls kisah di sebalik bunyi aneh yang berlaku di Semarahan pada Januari lepas.
Rasanya ramai dah tahu news ni kan. Dah jadi hot topic worldwide dah.Ia mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post telah dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia. Sekarang masih lagi dalam kajian dan research dari mana datangnya bunyi aneh tersebut.

Kebetulan saya anak kelahiran Sarawak, dan baru je balik dari Kuching baru-baru ni..saya ada bertanya beberapa org penduduk di situ untuk mendapatkan info. Ada yang mengatakan bunyi harimau, kedengaran juga bunyi dari kubur yang berdekatan..pelbagai cerita yang saya dapat.. kesahihan dan kebenaran berita dari mereka..Allahualam,saya kurang pasti.

Pasukan khas dari Agensi Angkasa Negara (AAN) masih  melakukan penyiasatan.  Namun siasatan awal mendapati, ia mungkin hanyalah bunyi yang terhasil daripada mesin dari sebuah kilang kelapa sawit yang terletak di kawasan tersebut. Mereka bekerja keras menyiapkan laporan siasatan berhubung bunyi pelik tersebut dan keputusan akan dapat diketahui tidak lama lagi.

Tapi yang jelasnya pada 11 & 12/1/2012 bunyi aneh kedengaran di langit pada jam sekitar 2pagi -4.00pagi sehingga kini tidak dapat dirungkaikan.Pelbagai andaian di buat, ada yang mengatakan inilah petanda kiamat, dan ada juga yang mengatakan hasil dari bunyi mesin kelapa sawit. Jikalau di fikir secara logik mana mungkin orang bekerja sehingga jam 2 pagi dalam suasana gelap gelita begitu??? Dan yang lebih peliknya bunyi yang sama kedengaran di beberapa tempat di negara Barat dan tidak lama selepas itu satu gempa bumi berlaku di Sumatera dengan bacaan 7.3 skala Ricther.Sejauh mana kaitannya dengan bunyi pelik tersebut dengan gempa bumi di Sumatera, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.



Ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadhillah Yusuf berkata, setakat ini pasukan yang ditubuhkan khas untuk menyiasat aduan berkenaan sedang bekerja keras untuk menyiapkan laporan mereka.
” Kita akan memeriksa frekuensi yang dihasilkan oleh mesin kelapa sawit itu sebelum dapat mengesahkan sama ia berpunca daripada alat tersebut atau sebaliknya,” katanya.

Kesimpulan yang boleh saya buat disini, tiada yang mustahil berlaku jika Allah berkehendaki  'kun fa ya kun" ia akan berlaku. Sesungguhnya kita sebagai hamba sentiasa bermuhasabah diri, kerana janji Allah itu adalah benar.
Semoga kita sentiasa di rahmati dan di redhai Allah S.W.T.
Wassalam :)



Friday, 16 December 2011

Kembali Ke Zaman Jahilliah??

Assalamualaikum sweet darling & Selamat malam :)

Buat kali pertama i buat entri di waktu malam..biasanya waktu begini melopong nengok tv tapi entahlah sejak dari petang tadi hati i bagaikan di carik2 untuk melaksanakan entri ini se "urgent" yang boleh.
Di dalam hati berkata kenapa harus terjadi semua ini...
Siapa yang di salahkan? Ibu bapa, guru, hamba itu sendiri ke...

Okla i tak nak membebel berjela2..nanti uolls fed up n nak muntah pulak kan..Ok lets we straight to the point.

#Perkahwinan Gay Melayu Malaysia Pertama#

Apakah perasaan anda melihat photo2 di atas nih???
Nak muntah darah, meluat, menyampah menjijikan, dan seangkatan dengannya..

Nama mamat ni Arif Alfian  Rosli , nak tahu lebih lanjut pasal mamat ni click kat namanya.
Sedih  melihat bangsa, dan seagama dengan kita jadi macam ni.
Dimanakah nilai moral dan akhlak, akidah yang ada pada Arif nih, kesian mak bapak dia.
Tentu sedih kan.

Semoga Allah membuka pintu hidayah kepada Arif..dan kembali kepangkal jalan..Amin

#Manusia laknat bernama Tengku Sophia#




Lagi satu, manusia laknat yang kononnya Islam, telah menghina agama suci islam..
Maha Suci Allah..semoga Allah memberi pengajaran buat kamu, Tengku Sophia.
Tidak pasti samada perempuan ini dr indonesia atau malaysia, tapi itu tidak penting bagi saya
yang jelas perempuan ini menghina agama islam...

Nazubillah...

#Ibu dan anak mengakui saling bercinta seperti suami isteri#
Nazubillah...apa nak jadi dengan dunia sekarang..
Seorang ibu yang darjatnya di angkat tinggi di oleh Allah dan sepatutnya menjadi ikon yang mulia dan terbaik untuk anak-anaknya tetapi  berlaku di sebaliknya.

Seorang ibu dan anak lelaki yang berasal dr Sukabumi, Indonesia telah membuat pengakuan terbuka bahawa mereka saling cinta-mencintai seperti pasangan suami isteri. Nazubillah..

Dua beranak ni tidak segan silu mengaku perasaan tersebut timbul bukan secara paksaan, tetapi secara rela.
Ya Allah..adakah ini petanda dunia akhir zaman..

Tak sanggup rasanya tengok rakaman ni...menjijikan, meloyakan, menjengkelkan, dan sedih melihat saudara seagama kita sanggup melakukan perkara terkutuk begini..