Showing posts with label my faveret movie. Show all posts
Showing posts with label my faveret movie. Show all posts

Thursday, 8 December 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum darlings :DD

Kesian blog ni, dah lama benor tak berupdate..kebizian tahap gaban membataskan jari-jemariku untuk memuat turun entri2 yang baru. Ada banyak entri nak update, btw kita bagi yang priority dulu erk.
Siapa kat sini dah tengok filem Ombak Rindu?? angkat tangan... rata2 semua org dah pegi temgok kan, kalo sapa2 belum pegi tengok tu..cepat2 rugi wooo..tak tengok, tambah2 lg kalo pegi tengok ngan org tersayang..mmg menyentuh jiwa..huhu
Blog & FB wall tgh hot dgn topic ni..mmg hebat penangan dr filem Ombak Rindu nie..meruntun jiwa weihh

Filem yang di adaptasikan dari novel yang suatu masa dulu femes, karya Fauziah Ashaari..dan aku salah seorang  pembaca tegar novel ni.
Apabila dapat tahu novel ni akan di filemkan wah...aku sungguh gumbira sekali...mesti tacing filem ni, sedangkan masa aku baca novel ni pon teresak2 nangis.. mmg supar duper besh..
Kepada sesiapa yang dah baca novel ni, ini satu bonus buat kita kan..kan

ini novel "Ombak Rindu"

dan ini pula

Filem Ombak Rindu

hehe..ini pulak tiket wayang ..ini pon nak publish..cehh

Di antara scene2 dlm filem Ombak Rindu
 like this part scene ni..so loving ♥♥♥ 
Watak Haris yang penyayang terserlah dlm scene ni 

Di antara scene2 yang hot..  he he (tutup mata)

Haris melafazkan sayangnya pada Izzahh..ohh tacing

Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Oklah takat ni je..nak tau lebih banyak, pegi tengok filem..3 ke 4 ratus kali pon tak pe
mmg besh :)

^^^^^^^^^^^^^^^^@@@@^^^^^^^^^^^^^^^^^

Layan clip video OST Ombak Rindu ^^

Friday, 11 November 2011

Wanita Berkalung Sorban



Lambakan filem2 seram yang tidak logik jalan cerita menyebabkan aku beralih angin (walaupun aku adalah peminat setia filem seram, adakalanya aku terasa di perbodohkan oleh setengah filem yang jalan cerita yang tidak logik dan mengarut (bukan semua ya) >>Wanita Berkalung Sorban??? Unik  juga nama filem ni

Hurmmm mendengar tajuknya saja membuatkan Sue tertanya2 apa kelebihan isi cerita movie nie . Pada awalnya Sue kurang berminat untuk menonton filem ni yang di tayangkan di Astro Prima, tetapi memandangkan tiada rancangan yang best2 Sue akur terpaksa menonton filem nie >.<

Layan punya layan .. semakinlama semakin best pulak jalan ceritanya...lakonan mantap Revelina Temat (Bawang Putih) benar2 terkesan.

Plot ceritanya mengisahklan Anissa (lakonan Revelina Temat) yang merupakan anak pak kiyai yang mempunyai pansentren (sekolah pondok) di Jambong. Di kecil, Annisa di didik dengan cara hidup islam yang hakiki. Ayahnya merupakan pak kiyai mengamalkan cara hidup islam yang konservertif.

Apabila Anissa menginjak dewesa, Anissa semakin memberontak.. hak-hak wanita yang seharusnya mendapat haknya sendiri di ketepikan.

Wanita tidak boleh belajar tinggi2 kerana di khuatiri membawa budaya liar..
Wanita tidak boleh pergi menonton wayang kerana di khuatiri boleh membawa fitnah
Wanita harus taat kepada suami walaupun di sakiti dr segi mental dan fizikalnya

Pelbagai rintangan, jerih perit Annisa ditempuhi sepanjang perjuangannya untuk mendapatkan haknya  sebagai wanita.

Sebenarnya banyak kisah2 teladan yang Sue bole pelajari dari filem ni..banyak input2 yang berguna..


Wednesday, 22 June 2011

Sang Pemimpi


Salam readers & blogger :)
Kesinambungan dari filem Laskar Pelangi
Entri Laskar Pelangi uolls dh baca tak? Ok lah straight to ampang point..kiki
Filem Sang Pemimpi ni adalah kesinambungan jalan cerita dari Laskar Pelangi, jadi kena tonton Laska r Pelangi dulu baru dpt feel tonton filem ni
Kisah 3 sahabat karib Ikal,Arai & Kerman (kalo x silap aku,,aku blur sikit bab ingat nama nie..&*$@)
Ikal & Arai mempunyai cita2 yang tinggi, iaitu ingin belajar sampai ke kota PARIS..Tinggi kan impian mereka..PARIS tu beb!
Tapi dek kemiskinan hidup yg serba kekurangan tidak mematahkan semangat 2 shabat ni untuk ke PARIS..
Mereka membuat berbagai kerja bagi memgumpul duit untuk ke PARIS..tp kan part ni aku paling suka ..huhu..touching weiii
Apabila perusahaan PT Timah tempat ayah si Ikal mencari rezeki telah di landa kemerosotan,maka PT Timah terpaksa di tutup,ayah si Ikal hilang sumber rezeki..kesian dia..korang nak tahu 30 tahun bapak c Ikal ni bekerja menjadi buruh di PT Timah

Ikal & Arai berkorban menyerahkan wang yg mereka kumpulkan selama ini utk menampung kehidupan mereka sekeluarga..aku rasa sungguh terharu...korang sanggup buat mcm tu..(kalo korang tanya aku..hurmmm nak kene pikir dulo..jahat aku nih..

Okla fren, dipendekkan cerita akhirya setelah setiap cabaran dan rintangan mereka tempuhi Arai dan Ikal berjaya menjejaki ke Brussel, kota Eropah..

Kalo korang nak lebih clear tentang filem ni baik korang tonton sendiri ,kat Astro Box Office..
tak rugi lorrr

Laskar Pelangi

Pernahkah anda menonton wayang ni? kat mana? kat cinema? TV1?TV2? atau TV3? Rasa2 aku rangkaian TV td tu blum tayangkan filem Laskar Pelangi ni..Aku sbgai pelanggan Astro dh banyak kali tgk filem ni di mainkan di Astro, entahlah aku tak berminat nak tengok,tanjuk ceritanya saja sudah menghilangkan mood aku, tak menarik langsung..cewah...mcmla au ni baguih sgttttt..huhu.
Tapi enthahlah mlm tadi dok tgh keboringan yang melampau di susuli pulak batuk yg tak henti2 (mcm sakit tv)...hisshhh aku tertekan plak punat button astro Prima 105..Hurmmm..Laskar Pelangi lagi..takde cerita lain ke..haah..Layan jelah..(walaupun dlm hati rasa tak ikhlas)

Actually kisah filem ni adikku selalu story ngan aku,katanya cerita ni beshhh, rugi kau tak tengok..aku pun membangkang sekeras2nya bagiku apalah beshh sgt filem tu..Adikku : Cuba ko tgk sekali..jalan ceritanya touching betul...Aku: Okla2 tgkla kalo Astro ada tayang lagi tak filem tu..

Dan malam tadi maka terbuktila kebenaran kata2 adikku...hoho malu..(=_=)

Walaupun aku tak tgk dr mula filem tu, sbb masa gatal tgn tertekan punat button Astro filem ni dh separuh dh main..Yesss mmg aku menyerah filem ni mmg beshhh dan touching. Nak tau kenapa.? Kepada yg penah tonton filem filem ni..tak yah baca entri ni pun x pe ye..

Kisah murid2 Sekolah Mahmudiah yang bersekolah dalam keadaan suasana yang cukup daif serta serba kekurangan,walaupun pada zahirnya mereka kekurang semua itu tapi mereka ini kaya dengan nilai moral, persahabatan dan kekeluargaan, dan part yg paling aku touching sekali keazaman semangat anak2 murid ini tinggi.. semangat dan tekad utk berjaya dlm pelajaran tak penah padam dlm jiwa mereka...Hoho aku nk nangiss wehhh..sedeyyy..T_T..(mane plak tisu nih..ingus nk meleleh..hihi)

Panjang lagi serita ny tp dek touching yg terover oleh perasaan aku sendiri,idea utk berkarya terbantut buat seketika,stop dulu la ...kalo korang nak tau lebih lanjut dan jelas baik gi tonton filem ni..beshhhh