Tuesday 7 February 2012

Bunyi Aneh di Langit..Petanda Kiamat ?

Assalamualaikum blogger :)

Selamat kembali bertugas setelah bercuti 4 hari sempena cuti umum Malidur Rasul & Thaipusam ^__^
Kali ni sue nak share dengan uolls kisah di sebalik bunyi aneh yang berlaku di Semarahan pada Januari lepas.
Rasanya ramai dah tahu news ni kan. Dah jadi hot topic worldwide dah.Ia mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post telah dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia. Sekarang masih lagi dalam kajian dan research dari mana datangnya bunyi aneh tersebut.

Kebetulan saya anak kelahiran Sarawak, dan baru je balik dari Kuching baru-baru ni..saya ada bertanya beberapa org penduduk di situ untuk mendapatkan info. Ada yang mengatakan bunyi harimau, kedengaran juga bunyi dari kubur yang berdekatan..pelbagai cerita yang saya dapat.. kesahihan dan kebenaran berita dari mereka..Allahualam,saya kurang pasti.

Pasukan khas dari Agensi Angkasa Negara (AAN) masih  melakukan penyiasatan.  Namun siasatan awal mendapati, ia mungkin hanyalah bunyi yang terhasil daripada mesin dari sebuah kilang kelapa sawit yang terletak di kawasan tersebut. Mereka bekerja keras menyiapkan laporan siasatan berhubung bunyi pelik tersebut dan keputusan akan dapat diketahui tidak lama lagi.

Tapi yang jelasnya pada 11 & 12/1/2012 bunyi aneh kedengaran di langit pada jam sekitar 2pagi -4.00pagi sehingga kini tidak dapat dirungkaikan.Pelbagai andaian di buat, ada yang mengatakan inilah petanda kiamat, dan ada juga yang mengatakan hasil dari bunyi mesin kelapa sawit. Jikalau di fikir secara logik mana mungkin orang bekerja sehingga jam 2 pagi dalam suasana gelap gelita begitu??? Dan yang lebih peliknya bunyi yang sama kedengaran di beberapa tempat di negara Barat dan tidak lama selepas itu satu gempa bumi berlaku di Sumatera dengan bacaan 7.3 skala Ricther.Sejauh mana kaitannya dengan bunyi pelik tersebut dengan gempa bumi di Sumatera, hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.



Ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadhillah Yusuf berkata, setakat ini pasukan yang ditubuhkan khas untuk menyiasat aduan berkenaan sedang bekerja keras untuk menyiapkan laporan mereka.
” Kita akan memeriksa frekuensi yang dihasilkan oleh mesin kelapa sawit itu sebelum dapat mengesahkan sama ia berpunca daripada alat tersebut atau sebaliknya,” katanya.

Kesimpulan yang boleh saya buat disini, tiada yang mustahil berlaku jika Allah berkehendaki  'kun fa ya kun" ia akan berlaku. Sesungguhnya kita sebagai hamba sentiasa bermuhasabah diri, kerana janji Allah itu adalah benar.
Semoga kita sentiasa di rahmati dan di redhai Allah S.W.T.
Wassalam :)