Ketika Allah S.W.T rindu pada hambanya,Allah S.W.T akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian
Dalam hadith Qudsi Allah berfirman:-
"Pergilah kepada hambaku lalu timpalah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin" ..
"lalu timpakanlah berbagai ujian pada kerana Aku ingin mendengar rntihannya"
(HR. Thabrani dari Abu Ummamah r.a)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda :
"Seorang muslim yang ditimpa penderitaan,kegundahan,kesedihan,kesakitan,gangguan dan kerisauan bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya."
H.R Bukhari dan Muslim
Setiap manusia tidak terlepas dari rasa sedih,kecewa,gundah gulana ,risau -____-
Sedarkah kita Allah sayangkan kita , rindukan kita?? Mengapa kita harus bersungut pabila ujian datang menerpa dalam hidup kita? Percayalah Allah Maha Penyayang,Maha Pengasih kepada hambanya dan setiap ujian yang di berikan terselit 1000 hikmah yang tidak kita ketahui.
Maka kita sebagai hambaNya hendaklah bersangka baik :D
Saya juga hamba yang lemah..correct me if i wrong =p
Ya Allah Ya Tuhanku.. Peliharalah aku dari kekecewaan, Ya Allah Yang Maha Mengerti Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh kedada langit Hilang bersama senja nan merah.. Agar ku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya..
Ya ALLAH .. Gantikanlah yg telah hilang, Tumbuhkanlah kembali yg telah patah Walaupun tidak sama dgn dirinya..
Ya Allah ya Tuhanku.. Pasrahkanlah aku dgn Takdir-Mu, Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan adalah yg TERBAIK buatku, Kerana Engkau Maha Mengetahui sgala yg terbaik buat hamba-Mu ini
Ya Allah, cukuplah Engkau saja yg Menjadi pemeliharaku didunia dan diakhirat Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yg daif ini Jangan Engkau biarkan aku sendirian Didunia ini maupun diakhirat.
Akhir2 ini minat berblogging dalam jiwa saya semakin mendalam, bagi saya blog ini sebahagian daripada diary kehidupan saya yang saya terjemahkan melalui penulisan blog...Walaupun dalam subject penulisan BM masa SPM dapat 3 je.. Terkenang zaman sekolah menengah dulu, saya suka menulis kisah hidup seharian saya di dalam diary...segala luahan hati, saya coretkan dalam diary..hurmm manis sungguh zaman tu ^__^
Entri kali, saya nak share dengan uolls tentang insan bernama Adam Corrie Abdullahatau sebelum ni lebih dikenali sebagai Corrie Lee. Rasanya ramai yang dah tahu siapa dia Adam Corrie ni. Sedikit sebanyak latarbelakang Adam Corrie; Beliau seorang koreografer professional yang berpengalaman 15 tahun dalam bidang seni tari dan beliau juga pelakon.Beliau telah memeluk agama islam pada 13/07/2007 dan telahpun berkahwin dengan gadis pilihan hati bernama Fazima Mohamed Fuad pada 21/11/2008 yang merupakan seorang pereka grafik bebas.
Saya juga kagum dengan keikhlasan beliau mendalam agama islam. Walaupun baru 5 tahun memeluk agama islam, beliau banyak memberi nasihat dan panduan dalam mengikuti ajaran islam yang sebenar, banyak nasihat beliau kongsikan di FB beliau.
Baru-baru ni di laman sosial FB beliau, beliau ada menyatakan kepada peminatnya untuk share blog masing2. Saya adalah salah seorang di antara mereka =)
Walaupun tidak mengenali beliau secara life atau dekat, jujurnya saya katakan beliau amat menjaga hati para peminatnya dan mengotakan janji, seperti di FB beliau ni :)
Haha..blog saya juga tak terkecuali... Terima Kasih En. Adam Corrie, saya berharap dengan cara ini hubungan silaturrahim sesama islam, blogger-blogger dan peminat terus berpanjangan dan berkekalan.
Doa dari saya semoga Adam Corrie & isteri sentiasa bahagia dan di rahmati oleh Allah S.W.T hendaknya.Kepada blogger2 saya berharap silaturrahim tidak disini sahaja,semoga kita semua sentiasa diberkati oleh NYA. Amin
Marilah kita sama2 berselawat ke atas nabi junjungan kita...jadikanlah sunnah dan Al-Quran sebagai panduan kita ..Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Entri kali Sue nak kongsikan kepada readers terutama yang dah berkahwin...hahah..yang belum kahwin atau akan berkahwinlah bole ambik sebagai tips dan panduan.
Tentu ramai kenal ngan Ustazah Dato'Siti Nor Bahyah dan suami..yang popular dalam rancangan Semanis Kurma setiap Khamis di TV9 jam 10.00mlm. Sue salah sorang penonton tegar rancangan tersebut, setiap topik yang di bincangkan memberi kupasan yang menarik dan banyak memberi info kepada Sue.
Kalo tak silap 2 bulan lepas bulan 12, topik menarik di bincangkan iaitu Bahagiakah Tanpa Zuriat??
Wahhhh menarik tajuk kali nie...tak bole miss tengok nie, kata saya
Masa kita anak dara dulu.. sedara, kwn2, kelik.. selalu tanya..bila nak kahwin?? cepatlah kahwin umur makin bertambah ..lambat kahwin nnti anak dara tua.. itulah soalan lazim yang biasa kita dengar masa jd anak dara dulu kan ..
Bila dah kahwin pulak... dah ada ke? dah ngandung ke? eh bila lagi nih? cepat2 lah dapat anak? ada anak best tau.! Rugi kahwin tak ada anak...itulah soalan lazim dan sindiran sinis yang selalu kita dengar bila kita dah berkahwin.
Credit picture to Google
Pasangan yang dah berkahwin bertahun lamanya tentu mengimpikan zuriat sebagai penyeri rumahtangga mereka.Dalam hal ini Sue juga tidak terkecuali. Sue dan suami berkahwin hampir 6 tahun..begitu pantas masa berlalu. Pada tahun pertama perkahwinan kesannya belum lagi terasa,kerana bagi kami masih terlalu awal untuk mempunyai zuriat sendiri. Masuk tahun ke-2 mula dengar sedara-mara tanya...tapi di waktu itu kesannya belum lagi terasa. Yelah zaman sekarang, ramai pasangan merancang 2-3 tahun utk mempunyai zuriat sendiri.
Masuk tahun 3, saya dan suami berkira2 utk mempunyai zuriat sendiri..kerana 2 tahun hidup berdua sudah cukup bagi kami.Setahun demi setahun menunggu..sehingga lah masuk tahun ke 6 tanda2 utk mempunyai zuriat sendiri belum menampakkan hasilnya.
Saya pasrah,redha dengan ujian Allah. Sindiran sinis, dr teman2, sedara mara, jiran tetangga sudah lali di telinga saya.Pelbagai tohmahan yang di lemparkan kepada saya...bila soalan lazim tersebut di ajukan kepada saya , saya hanya tersenyum kelat, menjawab; "belum ada rezeki"Saya berterima kasih kpd teman2 yang memhami situasi saya, banyaklah bersabar..insyaAllah ada rezekinya nanti..Allah sedang menguji kamu" keyakinan dan semangat saya datang semula,tatkalanya hampir padam..
Berubat?? sudah puas mencuba..baik tradisional ataupun klinikal dah pelbagai usaha saya dan suami lakukan.Apa bila saya mendengar ulasan dari Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya, semangat baru datang dalam jiwa saya.
Mengapa saya harus mengeluh dengan ujian Allah... sedangkan Nabi Zakaria di uji oleh Allah SWT tidak mempunyai zuriat sehinggalah beliau tua dan isterinya pula mandul..Maha Suci Allah.. Allah telah kabulkan doa beliau seperti yang di riwayatkan dalam Surah Al-Imran Ayat 38.
Sedangkan Nabi di uji begitu hebat oleh Allah,apatah kita manusia biasa yang punya banyak dosa ini tidak mampu untuk bersabar?
Sesungguhnya sabar itu perit untuk di laksanakan kecuali orang-orang yang beriman.
Begitulah sedikit sebanyak kisah saya kongsikan untuk readers semua. Di antara tip2 dan doa2 yang baik untuk di amalkan.
1.Perbanyakkan minum air suam dan madu asli
2.Minum susu kambing di campur sekali dengan7 biji kurma setiap pagi.
3.Perbanyakkan bersedekah dan beristifar
4.AmalkanSurah Anbia ayat 39, Surah Al-Saafat ayat 100, Surah Mariam ayat 1-5 &10
5.Amalkan doa Nabi Zakaria Surah Al-Imran ayat 38
6.Perbanyakkan membaca Surah Al-Waqiah
Kepada pasangan yang juga senasib dengan saya, kita tidak berseorangan, ketahuilah ada ramai pasangan yang menghadapi masalah yang sama...setiap ujian yang Allah berikah ada hikmahnya.
Perbanyakkan doa, semoga Allah mengabulkan doa kita.Amin.
Alhamdulilah bersyukur pd Allah di beri kenikmatan kesihatan yang baik pada hari ini.
Tiada ada apa yang Sue ingin sharekan pd anda semua, melainkan ilmu yang tak seberapa
dan kita semua tahu amalan2 sunat pada hari Jumaat..dek kelekaan ini kita mencari rezeki
dan di hambat kesibukan yang yg tak pernah habis terkadang kita terlupa.
Amalan Sunat Jumaat
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap
muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana
pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan
berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok
gigi.
Cara memotong kuku mengikut Sunnah nabi
Kelebihan Bersedekah
Islam menggalakkan kita tolong menolong,bantu membantu sesama insan, kerana ia mendorong perasaan hormat-menghormati,kasih-mengasihani dan sayang menyayangi di antara satu sama lain.
Dalam mengerjakan amalan bersedekah, kita perlulah melakukannya dengan
hati yang ikhlas kerana Allah SWT, bukan disebabkan
sesuatu seperti kerana nama atau asal bersedekah sahaja. Supaya
perbuatan bersedekah itu tidak menjadi sia-sia, agama Islam telah
mengajar umatnya bahawa ketika bersedekah, maka biarlah menepati erti
sedekah itu sebenarnya.
Jika ingin dimurahkan rezeki oleh Allah, perbanyakkanlah sedekah. Seperti di riwayatkan oleh hadis Iman Ahmad :-
[Mafhumnya]
Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya
hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Bersedekah biarlah menepati erti sedekah itu sebenarnya. Terdapat
tiga perkara yang perlu diikuti bagi kesempurnaan amalan bersedekah itu.
Pertama :
Barang yang disedekahkan itu hendaklah
baik dan elok. Adalah tidak wajar dan munasabah andainya benda yang
disedekahkan itu jika disedekahkan kepada kita, kita sendiri tidak
menyukainya dan tidak rela menerimanya. Biarlah yang disedekahkan itu
daripada benda-benda yang disenangi oleh penerimanya. Kerana itulah
Allah Subhanahu Wataala melarang bersedekah dengan benda-benda yang
tidak baik. Perlu diingat bahawa bersedekah adalah merupakan ibadat dan
tanda mensyukuri nikmat yang dianugerahkan Allah Subhanahu Wataala
kepada kita. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat
267 yang tafsirnya :
"Wahai orang-orang yang beriman!
Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang
baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk
kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu
kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri
tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada
kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah,
sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa terpuji".
Kedua :
Sesuatu yang disedekahkan itu hendaklah daripada yang halal, bukan haram atau syubhat.
Ketiga :
Adalah sunat bagi pemberi sedekah atau
derma itu bersedekah dan berderma daripada benda-benda yang disukai dan
disayanginya. Ini jelas sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam
Surah Ali 'Imran ayat 92 yang tafsirnya :
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat
mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu
dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu
dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya".
Ingatlah jika kita benar-benar mahu
amalan sedekah kita menepati kehendak bersedekah, maka setentunya tiga
perkara yang disebutkan tadi perlu ada pada benda-benda yang
disedekahkan walaupun hanya sedikit kerana bukan sedikit atau banyak
yang menjadi ukuran.