Thursday 23 February 2012

Misteri Poligami Dalam Perpektif Islam

Salam Sayang Blogger :)

Poligami... mendengar saja perkataan ini, kaum hawa khususnya agak pobia dengan perkataan POLIGAMI.
Tapi bagi kaum Adam pula, mereka akan tersenyum lebar sambil memasang angan2 untuk berpoligami.Agama Islam membenarkan Poligami, jika lelaki itu mampu,tetapi tidak pulak menggalakkan. Ramai kaum selalu salah faham mengenai erti sebenarnya poligami.Poligami boleh di umpamakan sebagai jalan susur di samping jalan utama. Ia tidak digalakkan sewenang-wenangnya, namun ia tidak juga dihalang secara total dan rigid.
Sesungguhnya Islam itu indah,praktikal dan realistik dalam menangani masalah manusia..Poligami memang di bolehkan sekiranya mereka berkemampuan dari segi materialistik dan rohaniah, disamping juga adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami bagi kesemua isterinya.



Apakah faktor2 yang mengharuskan poligami?

#Isteri tidak mampu melahirkan zuriat
Apabila membicara bab zuriat, kebiasaan lelaki menggunakan alasan sinomin ini untuk berpoligami, kononnya berpoligami adalah jalan terbaik daripada perceraian.Dalam konteks ini wanita harus melakukan pengorbanan yang mulia.. (Mampukah perempuan di sana melaksanakan pengorbanan ini...)

#Isteri Menderita Sakit Kronik dan Berpanjangan
Inilah juga salah satu faktor mengapa suami ingin berpoligami. Isteri yang menderita sakit yang kronik tidak mampu melayan suami baik dari segi zahir atau batin maka jalan terbaik untuk mengelakkan suami melakukan maksiat, si isteri redha membenarkan suaminya berkahwin lain.

#Suami Sering Bermusafir
Suami sering outstation?? Ada yang berbulan2 lamanya.. ataupun bertahun2..Bagaimana dengan tuntutan batin? Bagi para suami yang bermusafir untuk jangka masa yang lama, sang suami di haruskan berpoligami kerana ini satu cara untuk mengelakkan maksiat terjadi.

Sebenarnya ada banyak sebab2 untuk berpoligami..Islam itu indah..islam telah menetapkan hukum syarat yang mudah untuk berpoligami. Pokoknya sang suami harus bijak menangani, mengambil hati, melaksanakan tanggungjawab dgn penuh adil dan beretika untuk berpoligami.

Saya amat tertarik dengan penulisan satu artikel dari seorang blogger ni. Dari pengamatan saya..beliau bole saya tafsirkan seorang cekal, tabah dan sentiasa bermuhasabah diri dan berfikiran positif. Hasil penulisannya amat menyentuh jiwa saya, walaupun masih mentah dalam hidup bermadu, tetapi beliau amat positif.
Ini di antara luahan hati beliau :-


 "Apa pengalaman nurul menjadi isteri kedua..?" Tanya seorang ukhti.

Pengalaman yang macam mana tu..? Bagi saya, samalah seperti perkahwinan biasa – ada yang susah, ada yang senang, ada yang baik, ada yang sedih, ada yang ceria, ada yang tak baik, ada yang menarik…

Kita kongsikan yang baik-baiklah ya…

Hmm mungkin ada sebahagian kita yang tidak selesa dengan topik ini, namun izinkan saya berkongsi untuk mereka yang ingin mengumpul kisah dan pengajaran mengenai alam poligami.

Saya tidak menyuruh semua terlibat dengan poligami, namun semakin meningkatnya jumlah pasangan yang berpoligami, maka itulah salah satu tujuan perkongsian saya tentang poligami – memberi pendedahan atau mempersiapkan perasaan dan fikiran untuk kita menempuh alam yang isteimewa ini.

Saya pun berfikir-fikir perkara yang baik untuk dikongsi - yang relevan  dengan kehidupan sebagai kehidupan berpoligami. Hmm apa ya..?

Pertama, membantu memelihara rasa cinta di hati isteri. Cinta kepada suami. Juga cinta kepadaNYA. Setiap minggu, suami saya akan berada di rumah saya dua atau tiga hari. Hari-hari lainnya, suami samaada di rumah kakak isteri pertama atau suami bekerja di dalam/luar negara. Dua atau tiga hari inilah masa bersama suami, dimanfaatkan untuk kami sama-sama menghidupkan baitul muslim ini. Baru bertemu, kemudian berpisah.

Waktu kami saling berbaik-baik, perpisahan itu nyata makin menghidupkan perasaan, saling merindui dan mengharapkan lagi pertemuan. Waktu diuji dengan konflik di alam penyesuaian, perpisahan itu ruang merenung kesalahan dan memperbaiki kesilapan.. hmm samaada poligami dan monogami, setiap pernikahan ada masa berbaik-baik dan gaduh-gaduh kan...?;)

Cinta kepadaNYA .. moga makin mendalam. Moga poligami jadi wasilah yang mengeratkan kita pada tuhan. InsyaALLAH. Waktu sering ketiadaan suami, siapakah peneman? Siapakah pelindung? Siapakah pemelihara? Siapakah pendengar? ( hmm tapi bukankah sepatutnya pada ketika ada suami pun, ALLAH tetap menjadi peneman dan pelindung ...??? bukankah kekuatan dan pertolongan itu semuanya milik ALLAH…??)

Poligami membantu membawa diri ini mengingati suami sebagai pinjaman tuhan.. sehari dua ALLAH pinjamkan, suami kemudian pergi lagi. Kalau selepas itu tiada lagi pertemuan..? Maka sering saja perpisahan itu direncana agar berpisah dalam hati yang paling baik, penuh kasih sayang dan kemaafan.

Ya ALLAH bantulah kami menjadi hamba bertaqwa - agar kami berkasih sayang di dunia dan syurga... jadikan kami teman yang tidak bermusuhan di hari akhirat, jangan kami tidak lagi ENGKAU benarkan bertemu.

Kedua, isteri mendapat ruang kerehatan. Hak suami itu banyak.. hak lahiriah dan batiniah. Bukan sekadar menjaga makan minum, pakaian, hubungan seksual tapi yang lebih besar ialah pada seorang suami, isteri itu seharusnya wasilah terbaik meraih ketenangan dan memantapkan keimanan (walaupun ketenangan sebenar hanyalah pada hati yang zikrullah..)

Alhamdulillah jika kita adalah para isteri 24 jam sehari dan 7 hari seminggu menjadi isteri yang ceria, sabar, mendamaikan, penuh prihatin tapi sebenarnya dalam arus zaman yang bergerak laju, isteri kadang-kadang tak boleh cope dengan semua tuntutan.. Isteri pun ada waktu bermasam muka, murung, panas hati, sedih, bosan.. mudah saja untuk tampil keras dan kaku dengan roomate bernama suami..

Jadi dengan syariat poligami yang ALLAH gariskan, dengan hari-hari kebersamaan suami isteri yang terbatas, para isteri insyaALLAH punya ruang mempersiapkan dirinya yang terbaik dari segi fizikal, emosi dan fikiran untuk melayani suami dengan sewajarnya.

Yang penting, persiapan ruhiyyah yang tinggi juga harus dibina agar hati isteri dan hati suami selalu bersambung dengan kasih sayang ALLAH. (ohh bukankah dalam setiap keadaan ruhiyyahnya harus teguh…)

Semestinya suami mengharap isteri sumber ketenangan setelah di asak tekanan di tempat kerja - menghadapi kerenah anak buah atau bos, godaan materialistik dan sosial yang melemahkan iman, godaan dan ujian perempuan-perempuan yang jahil di luar sana, etc.. Isteri sangat diharapkan menjadi penghibur, penenang, motivator dan kaunselor.

Wah, suami saja kah yang diasak tekanan… perempuan atau isteri tak tertekan dengan kerja dan tanggungjawab lain..?

Tertekan juga, tapi perempuan sebenarnya lagi kuat. Lebih sabar, lebih lembut dan lebih cool berbanding lelaki hee.. Perempuan lebih baik dalam mengurus emosi kadang-kadang. InsyaALLAH andai iman menjadi perhiasan di hati-hati kita, di balik kesulitan, ada ketenangan yang menemani tingkahlaku dan ucapkata.. [ tak lah semudah yang di ungkapkan..]

Maka, poligami memberi sedikit time-break untuk isteri mengecaj hati hingga mampu bertemu suami dengan kondisi hati paling lapang dan menghiburkan..

Tapi kan, realitinya amat payah.. nafsu buruk dan syaitan durjana sering ingin mengucar kacirkan keadaan, benda-benda remeh mudah saja buat isteri merajuk menjauhi suami, benda-benda remeh mudah buat suami memarahi isteri..

Ketika suami di rumah, pastilah suami suka isteri-isterinya nya bagi perhatian penuh padanya, menyediakan keperluan sebaiknya etc..

Duhai para isteri, setuju tak khidmat pada suami dan rumahtangga ini meletihkan ...? Ya, ikhlas memang ada insyaALLAH tapi penatnya boleh tahan juga... :D

“Fuhh..lega suami akak pergi outstation tiga hari.. kalau tak, penat... mana nak layan anak lagi, nak masak untuk suami, nak siapkan kerja sekolah lagi…” ini antara dialog biasa yang didengar bila para isteri berkampung.

Justeru, poligami menyediakan kerehatan insyaALLAH. Merehatkan hati dan fikiran dari tanggungjawab isteri, boleh alihkan perhatian pada ibu bapa, anak-anak, rakan taulan, saudara seagama dan ummah yang merindui peribadi yang menegakkan agamanya..

Sebenarnya, kalau nak cerita kebaikan syariat poligami ALLAH ke atas kehidupan para hambaNYA, tak cukup dengan satu blog… Dan kemanisan jua kebaikan poligami ini dirasai berbeza-beza oleh suami dan isteri-isteri.

Untuk saya, inilah secebis kebaikannya. Untuk para isteri lain, saya percaya ada kebaikan dan cabaran tersendiri.

Dengan usia pernikahan saya baru tiga tahun, mungkin kata orang - realiti alam rumahtangga belum menjengah ya..? Apapun, terus lah kita saling mengingatkan dengan kesabaran dan kasih sayang..