Tuesday 19 November 2013

Kebaikan Susu Ibu


Entri kali kita berkongsi kebaikan2 susu ibu kepada bayi. 

Di zaman yang moden ini ramai ibu2 mengambil jalan pintas tidak mahu menyusu bayi mereka selepas di lahirkan..memang benar susu ibu tiada tandingannya dengan susu formula yang lain.Even aku sendiri pun tak dapat menyusukan Eja lama kerna dek kesibukan kerja dan masa terhad. Jalan pintasnya aku pun gunakan susu formula kepada Eja.Memang aku agak ralat jugak masa itu tp kesian melihat Eja menangis kerana lapar tak cukup susu. Untuk pengetahuan korang susu ibu memang cepat hadam,jadi jikalau bole standby stock yang banyak untuk bayi anda,maksud aku kene rajin pam keluar susu anda untuk simpanan stok.(jangan jadi macam aku malas..stok pun tak simpan)
Aku hanya sempat menyusukan Eja 2 bulan masuk bulan yang ke 3 dah mula kurang tambahan pulak Eja semakin seronok menyusu botol,membuatkan dia menolak susu badan...
 Aku mmg tabik pada ibu-ibu d luar sana yang menyusukan anak mereka selama 2 tahun. 
Syabasss!! teruskan ibu-ibu luar sana.

Ibu-ibu atau bakal ibu susuilah bayi andan dengan  susu badan selama yang mampu
banyak khasiat dan kebaikan untuk anda dan bayi

Sila lihat pic kat bawah..sorry bab nak menaip panjang malas ^__^


Kebaikan ibu yang menyusukan bayi :-

1.Menjimatkan kos 
2. Mengurangkan berat badan (yang ni paling best)
3.Mengecutkan rahim
4.Menjarakkan kehamilan (so tak payah makan pil2 bebagai)
5.Muka ibu tambah lebih berseri 

So untuk bakal2 ibu, jangan lupa susui bayi anda selepas sejam di lahirkan kerana susu yang pertama itu di panggil kolostrum adalah untuk sistem imunisasi bayi anda..rugi kalo anda tak menyusukan bayi anda selepas mereka keluar dari perut anda. Memang kenangan itu kenangan paling indah.
^____^
Tak perlu ada rasa ke apa,pikirkan kebaikannya untuk anda dan bayi anda.

Sekian perkongsian kali ini.
Wassalam






3 bulan

Assalamualaikum ukhti :)

Hari ini 90hari pantang aku.So dah bole makan yg selama ni pantang xbole makan, btw mak aku dah awal2 pesan NO AIS untuk satu tahun. Alhamdulilah selama 3 bulan aku berpantang aku berjaya menahan nafsu untuk tidak menjamah ais.
Demi kesihatan diri aku cuba untuk berpantang tidak makan ais selama 6 bulan dulu kalo aku berjaya then aku sambung untuk genap satu tahun..Holaaaa
Ramai jugak teman2 aku cakap dah lepas 44hari pantang dah bole makan itu ini, itu terpulang kepada diri masing empunya badan,bagi aku tak rugi rasanya aku mengikut petua orang dulu2.
Memang kalo ikutkan petua org Melayu pantang hanya 44 hari kalo bole d lanjutkan selama 100 hari lagi bagus.Buat masa aku kurangkan pengambilan seafood,sayur2 sejuk dan buah-buahan sejuk.
Jamu memang aku tak pernah tinggal walaupun kadang2 tergelincir jugak time table makan jamu tapi aku xpernah lupa malah double up lg dos jamu.

Tak terasa dah 3 bulan jadi ibu, rasa puas bila anak membesar didepan mata.Penat lelah seharian di office balik rumah tengok muka anak segala penat lelah hilang...Jadi kepada yang belum kawen tu jika ada kemampuan berkahwinlah binalah rumahtangga yang bahagia..kerana berkahwin itu adalah sunnah Rasuluallah S.A.W

20/11/2013- 3 bulan



Friday 8 November 2013

Hadiah Terindah


Assalamualaikum darlings...

Setelah menyepi hampir setahun alhamdulilah kini ada kelapangan untuk menjengah blog.
Pernah terdetik untuk mendeletekan akaun blogspot ni tp rasa sayang pulak, bagi aku blog ini umpama diari buatku,walaupun hanya ceput je entry di dalamnya.hihi
In sha Allah lepas ni aku akan rajin mengupdate nnti.

Anyway, nak share semenjak aku dah jadi ummi (ibu) jadual harianku bertukar dari sebelum ini. Kalo dulu bole bangun pagi sesukahati, tidur sesukahati..sekarang dah lain.
Kalo puteriku Khadijah dah bangun jam 5.00pagi mmg aku terbangun sebabnya dia kat sebelah dah menangis2 nak susu,kadang2 Eja sambung balik tido aku pun tido sekali, tp situasi tu jarang berlaku kebiasaannya Eja terus bangun tak mo tido.
Walau dalam keadaan mengantuk aku bahagia menatap wajah Eja ,dialah penghibur hati, pembakar semangat buattku,segala mengantuk,penat hilang pabila menatap wajah puteriku.
Benarlah kata pepatah anak adalah penyeri rumahtangga setiap pasangan
Keletahnya yang comel,amat mencuitkan hati walaupun usia puteriku baru 2 bulan lebih  tapi dah pandai beriteraksi dengan ayah dan umminya.

Semoga Eja menjadi anak yang solehah, taat kepada kedua ibubapa..dan menjadi orang yang berguna pada keluarga,bangsa dan agamanya.
Amin.

Eja ketika usia 2 hari

1 bulan

2 bulan++

Tuesday 5 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435H

Assalamualaikum ukhti,readers :)

Salam Maal Hijrah 1435H
Semoga tahun baru ini membawa 1000 kerahmatan buat kita semua.
In sha Allah lepas ini akan rajin menghadupdate blog.
Banyak entri tertunggak untuk di update.



Sekian.Jumpa lagi next entri
^_______^



Thursday 8 November 2012

Jika Kamu Sedih Bacalah Al-Quran

KEHIDUPAN di dunia ini sentiasa silih berganti antara kebahagiaan dan penderitaan. Ketika ditimpa kesusahan, jiwa menjadi gelisah dan murung kerana memikirkan permasalahan dihadapi.
Kata Ibnu Mas’ud, bagi setiap kegembiraan ada kesedihan dan tidak ada satu tempat pun yang dipenuhi kesenangan kecuali tempat itu juga diisi oleh kesedihan.
Biasanya kita akan berehat atau melakukan sesuatu aktiviti bagi mengatasi masalah emosi. Sebenarnya ubat paling mujarab ialah membaca al-Quran, iaitu amalan yang semakin ditinggalkan kecuali apabila tiba Ramadan.

Selain mendapat pahala, membaca al-Quran adalah mukjizat agung dalam membaik pulih kegelisahan jiwa dan mengatasi kemurungan hidup.

Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” (Surah al-Israa’: 82).

Firman Allah lagi bermaksud: “Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yunus: 57). 
 
Membaca al-Quran selain satu ibadat, juga boleh menjadi ubat atau terapi mengubati jiwa yang gelisah, gundah atau ketika fikiran berserabut.
Diriwayatkan, ada seorang lelaki datang menemui Abdullah bin Mas’ud untuk meminta nasihatnya kerana lelaki itu sedang berserabut dan jiwanya resah gelisah. Abdullah kemudian menasihatkan lelaki itu: “Pergilah kamu ke tempat orang yang membaca al-Quran dan mendengar baik-baik orang membacanya. Kamu juga boleh membacanya sendiri.”

Selepas itu, lelaki berkenaan pulang dan mengamalkan pembacaan al-Quran seperti dinasihatkan Abdullah bin Mas’ud. Lelaki itu berasa jiwanya cukup tenang dan amat tenteram. Fikirannya tidak lagi berserabut memikirkan masalah dunia.
Sebenarnya bukan lelaki itu saja membaca al-Quran berasa tenang dan aman, tetapi semua orang yang membacanya dengan hati khusyuk ditambah pula memahami akan maknanya akan mampu merasai kemanisan iman. Begitulah hebatnya mukjizat al-Quran.

Membaca al-Quran adalah satu cara mengingati Allah. Orang yang sentiasa mengingati Allah dalam apa situasi sudah pasti jiwa berada dalam keamanan dan tenteram.
Firman Allah bermaksud: “Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d: 28).

Oleh itu, jadikan membaca al-Quran sebagai gaya hidup dan jangan membacanya tatkala ditimpa masalah saja. Kesungguhan membaca al-Quran akan memantapkan rohani dan menjernihkan hati. Ingatlah Allah pada waktu lapang, tentu Allah akan ingat dan bantu kita ketika susah.
Allah membekalkan mukjizat teragung al-Quran sebagai rahmat dan mereka yang membaca atau mendengar bacaan ayat suci itu akan diberikan Allah kekuatan dalaman. Amalan membaca al-Quran diakui metodologi sempurna dalam mengubat penyakit jiwa atau psikoterapi.
Segala gangguan jiwa seperti kemurungan, fikiran berserabut dan cepat panik dapat diatasi dengan membaca al-Quran. Lebih lama kita membacanya, jiwa menjadi semakin aman tenteram. Inilah rahmat kurniaan Allah.

Antara bacaan ayat al-Quran yang dijadikan sebagai penyembuh jiwa ialah surah Yasin. Syeikh Mohd Alawi Al-Malik mengatakan, surah Yasin banyak kelebihannya kerana menurut Rasulullah, surah Yasin adalah hati al-Quran.

Sahabat Rasulullah, Abu Hurairah ada berpesan: “Sesungguhnya akan lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya al-Quran dan akan banyaklah kebajikan dalam rumah itu dan akan datanglah para malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran, akan mendatangkan kesempitan kepada penghuninya. Di samping itu, kebajikan akan berkurangan, para malaikat akan keluar dan syaitan akan memasuki rumah itu.”

Membina kehidupan bahagia menjadi impian semua. Justeru, satu cara terbaik memantap jiwa dan hati menghadapi masalah hidup ialah dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran.

Friday 19 October 2012

Bahana Pihak ke 3

Salam Jumaat yang Barakkah..
Semoga kita sentiasa dilimpahkan rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T
Assalamualaikum :)

Selama ini aku sering mendengar di novel2, drama2 dan filem2 walhal kisah kehadiran orang ke 3 ini dalam sebuah perhubungan. Tak kira ikatan perkahwinan, pertunangan atau percintaan pasti akan goncang sebuah perhubungan itu pabila hadirnya pihakke 3 ini.Ianya umpama racun berbisa yang menyimbah sebuah perhubungan yang sebelum ini bahagia.

Dugaan dan ujian dari Allah S.W.T tiada siapa yang mampu menghalang. Kebahagiaan yang dikecapi selama ini akhirnya dikotori noda hitam dengan kehadiran pihak ke 3. Redha atau pasrah walaupun hati  tak mampu menerimanya. Untuk apa pihak ke 3 ini hadir?
Tidakkah pihak ke 3 ini berfikir bagaimana perasaan orang ke 2 yang diduakan?

Untuk apa?

Kehadiran orang ke 3 mampu saja membuat airmata yang tenang menjadi jurai yang  deras. Hati yang tenang selama ini menjadi gundah.
Apakah faktor 2 ini pihak 1 menghadirkan pihak ke 3 ini?

Sunyi?Soal hati dah berpaut?Kurang kasih sayang? Kurang perhatian?

Kesian Hati. Hati tercalar, dirobek-robek dan di siat-siat.Hati yang terpaksa melihat dan menanggung derita merana. Kebahagian hati kini beralih ruang hati yang baru. Hati kecewa memendam rasa, menjeruk hati kerana apa yang telah berlaku mana mungkin dapat diputarkan kembali.
Ganjaran kebahagian untuk pihak ke 3 yang berjaya merampas dan memusnahkan istana orang lain tersenyum puas. Wahai pihak ke 3 di suatu masa setiap perbuatan yang mencalarkan hati manusia pasti akan menerima pembalasannya! Setiap perbuatan akan dibayar balik kepada pembuatnya!

Berfikirlah dan renunglah seandainya pihak ke 3 di duakan, mampu kah pihak ke 3 ini menerimanya?? Hentikanlah perbuatan merosakkan hubungan oranglain.

Kepada mereka yang dilukai..kembali kepada Allah S.W.T.
Hanya Allah S.W.T yang lebih mengerti akan hati yang luka.
Jangan malu untuk mengadu kepadaNYA..sesungguhnya Allah tidak pernah jemu untuk mendengar
kembalikan hati kepada Allah, insyaAllah jalan keluar ada padaNya...






Wednesday 17 October 2012

Aku Rindu ♥♥

Assalamualaikum ^___^

Ketika aku membelek2 album photo di handphone aku tak pernah jemu melihat photo-photo itu. Walaupun di tenung berkali2 pun aku tak pernah jemu. Photo kenanganku mengerjakan umrah pada June yang lepas rasanya baru semalam berlalu. Masih terasa hangatnya di Makkah Al-Mukkarramah, masih terasa ketenangan di kota cahaya Madinah Al-Munnawwarrah.

Aku rindu kedua -dua tempat indah ini. Inilah syurga dunia. Kenakalan tanganku dari pagi hingga ke petang aku untuk melihat perkembangan di facebook aku menemui sesuatu.
Pakej Umrah murah.. hanya RM3999??? Biar betul? Betula bukan tipu bukan mimpi. Aku menyanyi riang. Adakah ada peluang lagi untukku kesana?Aku mencongak2 bulan yang sesuai untuku pergi.
Pakei Umrah Rakyat menawarkan pakej budget macam aku. Terbayang kaabah, masjidil haram, masjid nabawi di kepalaku. Yess...aku mahu pergi lagi. Aku ingin merasai suasana Aidilfitri di tanah haram.

Moga2 Allah mendengar doa ku, memudahkan semuanya dan mengizinkan aku menjadi tetamuNYA lagi. Ya Allah aku rindu padaMu. Aku rindu Baitulallah. Aku rindu Rasuluallah S.A.W.
Di tambah lagi musim haji ketika ini..hatiku di gamit rindu yang teramat sangat :((
Pilu rasanya bila mendengar talbiah di corong2 radio dan di kaca tv... Syahdu dan indahnya


 Kepada sesiapa yang berniat untuk mengerjakan umrah, boleh like and follow Pakei Umrah Rakyat untuk mengetahui info lanjut. Pakej yang di tawarkan sangat2 menarik dan mampu pergi. Insha Allah

Aku rindu saat ini :(