Tuesday 19 November 2013

3 bulan

Assalamualaikum ukhti :)

Hari ini 90hari pantang aku.So dah bole makan yg selama ni pantang xbole makan, btw mak aku dah awal2 pesan NO AIS untuk satu tahun. Alhamdulilah selama 3 bulan aku berpantang aku berjaya menahan nafsu untuk tidak menjamah ais.
Demi kesihatan diri aku cuba untuk berpantang tidak makan ais selama 6 bulan dulu kalo aku berjaya then aku sambung untuk genap satu tahun..Holaaaa
Ramai jugak teman2 aku cakap dah lepas 44hari pantang dah bole makan itu ini, itu terpulang kepada diri masing empunya badan,bagi aku tak rugi rasanya aku mengikut petua orang dulu2.
Memang kalo ikutkan petua org Melayu pantang hanya 44 hari kalo bole d lanjutkan selama 100 hari lagi bagus.Buat masa aku kurangkan pengambilan seafood,sayur2 sejuk dan buah-buahan sejuk.
Jamu memang aku tak pernah tinggal walaupun kadang2 tergelincir jugak time table makan jamu tapi aku xpernah lupa malah double up lg dos jamu.

Tak terasa dah 3 bulan jadi ibu, rasa puas bila anak membesar didepan mata.Penat lelah seharian di office balik rumah tengok muka anak segala penat lelah hilang...Jadi kepada yang belum kawen tu jika ada kemampuan berkahwinlah binalah rumahtangga yang bahagia..kerana berkahwin itu adalah sunnah Rasuluallah S.A.W

20/11/2013- 3 bulan