Thursday 9 February 2012

Adam Corrie Abdullah

Salam Jumaat yang barakah kpd blogger & reader :)

Akhir2 ini minat berblogging dalam jiwa saya semakin mendalam, bagi saya blog ini sebahagian daripada diary kehidupan saya yang saya terjemahkan melalui penulisan blog...Walaupun dalam subject penulisan BM masa SPM dapat 3 je.. Terkenang zaman sekolah menengah dulu, saya suka menulis kisah hidup seharian saya di dalam diary...segala luahan hati, saya coretkan dalam diary..hurmm manis sungguh zaman tu ^__^

Entri kali, saya nak share dengan uolls tentang insan bernama Adam Corrie Abdullah atau sebelum ni lebih dikenali sebagai Corrie Lee. Rasanya ramai yang dah tahu siapa dia Adam Corrie ni. Sedikit sebanyak latarbelakang Adam Corrie; Beliau seorang koreografer professional yang berpengalaman 15 tahun dalam bidang seni tari dan beliau juga pelakon.Beliau telah memeluk agama islam pada 13/07/2007 dan telahpun berkahwin dengan  gadis pilihan hati bernama Fazima Mohamed Fuad  pada 21/11/2008 yang merupakan seorang pereka grafik bebas.

Saya juga kagum dengan keikhlasan beliau mendalam agama islam. Walaupun baru 5 tahun memeluk agama islam, beliau banyak memberi nasihat dan panduan dalam mengikuti ajaran islam yang sebenar, banyak nasihat beliau kongsikan di FB beliau.

Baru-baru ni di laman sosial FB beliau, beliau ada menyatakan kepada peminatnya untuk share blog masing2. Saya adalah salah seorang di antara  mereka =)



Walaupun tidak mengenali beliau secara life atau dekat, jujurnya saya katakan beliau amat menjaga hati para peminatnya dan mengotakan janji, seperti di FB beliau ni :)


 Ini di antara link blog yang beliau sharekan di blog beliau Himpunan Jiwa Adam Fazi





Haha..blog saya juga tak terkecuali... Terima Kasih En. Adam Corrie, saya berharap dengan cara ini hubungan silaturrahim sesama islam, blogger-blogger dan peminat terus berpanjangan dan berkekalan.
Doa dari saya semoga Adam Corrie & isteri sentiasa bahagia dan di rahmati oleh Allah S.W.T hendaknya.Kepada blogger2 saya berharap silaturrahim tidak disini sahaja,semoga kita semua sentiasa diberkati oleh NYA. Amin
Wassalam :)