Thursday 8 December 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum darlings :DD

Kesian blog ni, dah lama benor tak berupdate..kebizian tahap gaban membataskan jari-jemariku untuk memuat turun entri2 yang baru. Ada banyak entri nak update, btw kita bagi yang priority dulu erk.
Siapa kat sini dah tengok filem Ombak Rindu?? angkat tangan... rata2 semua org dah pegi temgok kan, kalo sapa2 belum pegi tengok tu..cepat2 rugi wooo..tak tengok, tambah2 lg kalo pegi tengok ngan org tersayang..mmg menyentuh jiwa..huhu
Blog & FB wall tgh hot dgn topic ni..mmg hebat penangan dr filem Ombak Rindu nie..meruntun jiwa weihh

Filem yang di adaptasikan dari novel yang suatu masa dulu femes, karya Fauziah Ashaari..dan aku salah seorang  pembaca tegar novel ni.
Apabila dapat tahu novel ni akan di filemkan wah...aku sungguh gumbira sekali...mesti tacing filem ni, sedangkan masa aku baca novel ni pon teresak2 nangis.. mmg supar duper besh..
Kepada sesiapa yang dah baca novel ni, ini satu bonus buat kita kan..kan

ini novel "Ombak Rindu"

dan ini pula

Filem Ombak Rindu

hehe..ini pulak tiket wayang ..ini pon nak publish..cehh

Di antara scene2 dlm filem Ombak Rindu
 like this part scene ni..so loving ♥♥♥ 
Watak Haris yang penyayang terserlah dlm scene ni 

Di antara scene2 yang hot..  he he (tutup mata)

Haris melafazkan sayangnya pada Izzahh..ohh tacing

Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Oklah takat ni je..nak tau lebih banyak, pegi tengok filem..3 ke 4 ratus kali pon tak pe
mmg besh :)

^^^^^^^^^^^^^^^^@@@@^^^^^^^^^^^^^^^^^

Layan clip video OST Ombak Rindu ^^