Dya Romantika .Kelas grooming yang super duper happening.
Mmg happy n enjoy :)
Ilmu tidak pernah habis,tidak pernah padam..maka tidak akan rugi sesorang itu untuk pergi menuntut ilmu
tidak kira apa jual ilmu yang anda tuntut asalkan tidak bercanggah dengan batas agama.
Seperti yang telah di riwayatkan oleh hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
Huraian dari Hadis tersebut adalah :-
1)Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu.
2)Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.
3)Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Malah salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada Allah S.W.T.
WANITA & kecantikan tidak dapat di pisahkan umpama irama dan lagu.
Wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik??? Tentu semua wanita di dunia ini mahu kelihatan cantik
menawan, memiliki kulit halus mulus ,badan yang slim serta raut wajah yang cantik.
Kelas yang saya dihadiri semalam banyak memberi input yang berguna buat saya.
Walaupun pd mulanya "kelas grooming" ni tidak penting, setelah Sue attend semalam ia membuka
laluan ilmu buat Sue.
Banyak tip2 berguna yang diberikan seperti tip2 kecantikan, tip solekan, tip kebersihan wajah dan
mcm2 lagi. Sue tak nak berceletoh panjang uolls boleh terjah blog Dya untuk mengikuti kelas2 anjuran beliau.