Hurmmm mendengar tajuknya saja membuatkan Sue tertanya2 apa kelebihan isi cerita movie nie . Pada awalnya Sue kurang berminat untuk menonton filem ni yang di tayangkan di Astro Prima, tetapi memandangkan tiada rancangan yang best2 Sue akur terpaksa menonton filem nie >.<
Layan punya layan .. semakinlama semakin best pulak jalan ceritanya...lakonan mantap Revelina Temat (Bawang Putih) benar2 terkesan.
Plot ceritanya mengisahklan Anissa (lakonan Revelina Temat) yang merupakan anak pak kiyai yang mempunyai pansentren (sekolah pondok) di Jambong. Di kecil, Annisa di didik dengan cara hidup islam yang hakiki. Ayahnya merupakan pak kiyai mengamalkan cara hidup islam yang konservertif.
Apabila Anissa menginjak dewesa, Anissa semakin memberontak.. hak-hak wanita yang seharusnya mendapat haknya sendiri di ketepikan.
Wanita tidak boleh belajar tinggi2 kerana di khuatiri membawa budaya liar..
Wanita tidak boleh pergi menonton wayang kerana di khuatiri boleh membawa fitnah
Wanita harus taat kepada suami walaupun di sakiti dr segi mental dan fizikalnya
Pelbagai rintangan, jerih perit Annisa ditempuhi sepanjang perjuangannya untuk mendapatkan haknya sebagai wanita.
Sebenarnya banyak kisah2 teladan yang Sue bole pelajari dari filem ni..banyak input2 yang berguna..