Thursday, 20 October 2011

Jumaat yang Barakkah,Amalan Sunat & Sedekah

Assalamualaikum :)))

Alhamdulilah bersyukur pd Allah di beri kenikmatan kesihatan yang baik pada hari ini.
Tiada ada apa yang Sue ingin sharekan pd anda semua, melainkan ilmu yang tak seberapa
dan kita semua tahu amalan2 sunat pada hari Jumaat..dek kelekaan ini kita mencari rezeki
dan di hambat kesibukan yang yg tak pernah habis terkadang kita terlupa.

Amalan Sunat Jumaat
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Cara memotong kuku mengikut Sunnah nabi

Kelebihan Bersedekah

Islam menggalakkan kita tolong menolong,bantu membantu  sesama insan, kerana ia mendorong perasaan hormat-menghormati,kasih-mengasihani dan sayang menyayangi di antara satu sama lain.

Dalam mengerjakan amalan bersedekah, kita perlulah melakukannya dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT, bukan disebabkan sesuatu seperti kerana nama atau asal bersedekah sahaja. Supaya perbuatan bersedekah itu tidak menjadi sia-sia, agama Islam telah mengajar umatnya bahawa ketika bersedekah, maka biarlah menepati erti sedekah itu sebenarnya. 
Jika ingin dimurahkan rezeki oleh Allah, perbanyakkanlah sedekah. Seperti di riwayatkan oleh hadis Iman Ahmad :-

[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)


Bersedekah  biarlah menepati erti sedekah itu sebenarnya. Terdapat tiga perkara yang perlu diikuti bagi kesempurnaan amalan bersedekah itu.


Pertama :
Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik dan elok. Adalah tidak wajar dan munasabah andainya benda yang disedekahkan itu jika disedekahkan kepada kita, kita sendiri tidak menyukainya dan tidak rela menerimanya. Biarlah yang disedekahkan itu daripada benda-benda yang disenangi oleh penerimanya. Kerana itulah Allah Subhanahu Wataala melarang bersedekah dengan benda-benda yang tidak baik. Perlu diingat bahawa bersedekah adalah merupakan ibadat dan tanda mensyukuri nikmat yang dianugerahkan Allah Subhanahu Wataala kepada kita. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 267 yang tafsirnya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa terpuji".

Kedua :
Sesuatu yang disedekahkan itu hendaklah daripada yang halal, bukan haram atau syubhat.


Ketiga :
Adalah sunat bagi pemberi sedekah atau derma itu bersedekah dan berderma daripada benda-benda yang disukai dan disayanginya. Ini jelas sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali 'Imran ayat 92 yang tafsirnya :

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya".

Ingatlah jika kita benar-benar mahu amalan sedekah kita menepati kehendak bersedekah, maka setentunya tiga perkara yang disebutkan tadi perlu ada pada benda-benda yang disedekahkan walaupun hanya sedikit kerana bukan sedikit atau banyak yang menjadi ukuran.

Semuga kita semua mendapat shafaat dr Allah S.W.T
Amin