Alhamdulilah..syukuran ya jazilan
Saya dah selamat kembali ke tanah air setelah 11 hari berada di bumi suci di 5hari di Madinah Al-Munawarrah dan 4hari di Makkah Al-Mukarramah mengerjakan umrah.
Berada di kedua bumi suci ini melupakan saya tentang dunia buat seketika...Keindahan dan kenikmatan berada di dua Tanah Suci ini perasaannya tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata..Subhanallah..hanya syukur saya panjatkan kepada kepada Allah SWT kerana di jemput untuk menjadi tetamuNya.
Ketika melihat kaabah, airmata laju membasahi pipi, terasa diri ini amat kerdil di sisinNYA.
Tatkala berada di Tanah Suci, setiap detik, waktu dan yang berlalu di isikan dengan sebaiknya beribadah,berzikir, solat sunat, berdoa..betapa ruginya jika mensia-siakan waktu tanpa pengisian yang bermanfaat semasa berada di sana.
Betapa besarnya ganjaran dr Allah SWT ke atas hambanya jika berpeluang bersolat berjemaah di Masjid Nabawi dan Masjidlharam..
Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
"Satu solat di masjidku lebih afdal daripada 1000 solat di masjid-masjid yang lain, kecuali Masjidil Haram (Makkah) dan satu solat di Masjidil Haram pula lebih afdal daripada 100,000 solat di masjid -masjid yang lain".
Masya Allah...betapa besarnya ganjaran dr Allah S.W.T jika kita berpeluang bersolat di kedua-dua masjid ini. Hingga ke ke saat ini aku amat merindui 2 tempat suci ini..di kala melakukan tawaf wida, iaitu tawaf perpisahan untuk meninggalkan Makkah..hatiku benar2 di rundung sayu,hiba,adakah ada peluang bagiku kembali ke sini lagi?
Allahukhbar..Ya Allah aku bermohon kepadamu, janganlah engkau jadikan kunjungan ku ini kunjungan yang terakhir,berilah peluang kepadaku untuk kembali lagi ke rumah suci Mu..Amin