Entri kali kita berkongsi kebaikan2 susu ibu kepada bayi.
Di zaman yang moden ini ramai ibu2 mengambil jalan pintas tidak mahu menyusu bayi mereka selepas di lahirkan..memang benar susu ibu tiada tandingannya dengan susu formula yang lain.Even aku sendiri pun tak dapat menyusukan Eja lama kerna dek kesibukan kerja dan masa terhad. Jalan pintasnya aku pun gunakan susu formula kepada Eja.Memang aku agak ralat jugak masa itu tp kesian melihat Eja menangis kerana lapar tak cukup susu. Untuk pengetahuan korang susu ibu memang cepat hadam,jadi jikalau bole standby stock yang banyak untuk bayi anda,maksud aku kene rajin pam keluar susu anda untuk simpanan stok.(jangan jadi macam aku malas..stok pun tak simpan)
Aku hanya sempat menyusukan Eja 2 bulan masuk bulan yang ke 3 dah mula kurang tambahan pulak Eja semakin seronok menyusu botol,membuatkan dia menolak susu badan...
Aku mmg tabik pada ibu-ibu d luar sana yang menyusukan anak mereka selama 2 tahun.
Syabasss!! teruskan ibu-ibu luar sana.
Ibu-ibu atau bakal ibu susuilah bayi andan dengan susu badan selama yang mampu
banyak khasiat dan kebaikan untuk anda dan bayi
Sila lihat pic kat bawah..sorry bab nak menaip panjang malas ^__^
Kebaikan ibu yang menyusukan bayi :-
1.Menjimatkan kos
2. Mengurangkan berat badan (yang ni paling best)
3.Mengecutkan rahim
4.Menjarakkan kehamilan (so tak payah makan pil2 bebagai)
5.Muka ibu tambah lebih berseri
So untuk bakal2 ibu, jangan lupa susui bayi anda selepas sejam di lahirkan kerana susu yang pertama itu di panggil kolostrum adalah untuk sistem imunisasi bayi anda..rugi kalo anda tak menyusukan bayi anda selepas mereka keluar dari perut anda. Memang kenangan itu kenangan paling indah.
^____^
Tak perlu ada rasa ke apa,pikirkan kebaikannya untuk anda dan bayi anda.
Sekian perkongsian kali ini.
Wassalam