Wednesday, 22 August 2012

Masam Manis


Assalamualaikum dan Salam Eid Mubarak 1433H
Harinie dah masuk 4 Syawal 1433H...pantas masa berlalu...ketika entry ni d karang aku berada seberang tanah semenjung...
Aidilfitri tahun ini hambar bagi ku..Ramadan berlalu terlalu pantas..sebulan aku rasakan bagaikan sehari... Ya Allah semoga aku dapat di beri kesempatan untuk menikmati Ramadan yang akan datang...
Aidilfitri ku lalui dengan tenang. Memohon maaf kepada orangtuaku adalah satu kewajipan hamba sebagai seorang anak. Ohhh syahdunya ku rasakan.
Pada tepat 7.10pm, MH2567 aku meninggalkan Tanah Semenanjung buat seketika.Disebalik kesedihan itu Allah selitkan nikmat buatku.Dari kelas ekonomi aku di upgrade ke kelas business.Wow! Terima kasih Ya Allah di atas nikmat yang Engkau berikan ini. Penerbangan 1jam45minit aku rasakan bagaikan mimpi..sekelip mata aku sudah berada di bumi kelahiranku.
Segala kesedihan ku lontarkan jauh2,aku mahu bergembira, berehat sepuasnya, menenangkan jiwa dan hati,beribadah dgn khusyuk. Alhamdulilah, aku bersyukur denganMu Ya Allah kerna kau permudahkan semuanya.Hanya Engkau Maha Mengetahui segala isi hatiku.
Bersambung...
Published with Blogger-droid v2.0.6