Alhamdulilah dah masuk hari ke-11 kita berpuasa.
Semoga bulan yang mulia ini memberi 1000 rahmat dan keberkatan kepada kita.
Perbanyakkanlah solat sunat, berzikir, doa sebagai bekalan kita ke sana kerna belum pasti lagi kita akan bertemu dengan Ramadan yang akan datang.. :((
Teringat saya kisah ketua pemimpin Kumpulan Al-Munnah bernama Amin, apabila membaca artikel mengenai beliau semasa di penjara..keinsafan menerpa di lubuk hati saya...Maha Suci Allah..walaupun beliau di jatuhi hukuman gantung sampai mati beliau kelihatan tenang dan semasa di penjara beliau seorang yang taat dengan suruhan Allah. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana perasaan ketika hukuman gantung semakin menghampiri.. -___- Maaf saya tidak dpt meneruskan lg, maka di sini saya copy&paste artikel tersebut.mohon keizinan dari MelayuKini.Net
Kisah Amin Ketua Kumpulan Al-Maunah Sebelum Ke Tali Gantung
Adakah anda
mengenali dengan nama Amin? Beliau merupakan ketua kumpulan Al-Maunah
yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Namun ada peristiwa
menarik disebalik hukuman tersebut.
Mungkin ada di antara kita tidak lagi mengetahui tentang apakah proses yang diperlukan sebelum banduan akhir dijatuhkan hukuman gantung (LINK). Itu proses, kini ada ada sebuah kisah yang mana ia diceritakan oleh seorang ustaz tentang apa yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar.
Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama kepada banduan-banduan di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama Amin.
Amin iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong.
Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yang menarik ialah
peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal,
mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.
Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel
beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum.
Bau itu tak hilang walaupun beliau telah
pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya. Mengikut
ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya
dikejutkan pada jam 4.00 pagi.Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada
mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena
sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan
dihukum gantung pada pg esok.
Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia
terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia
berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.
Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.
Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman
gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa,
tiada pergerakan, tiada jeritan.
Didapati juga selipar jepun yg dipakai
oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak
terlepas dari tangan. Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati
lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan
spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.
Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… …
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.
Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
Jika seorang mukmin akan meninggal,
malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan
dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu
duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.
Para malaikat duduk mengelilingi sang
mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul
kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin.
Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan
Allah dan keridhaan-Nya.”
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir tempat air.