Poligami... mendengar saja perkataan ini, kaum hawa khususnya agak pobia dengan perkataan POLIGAMI.
Tapi bagi kaum Adam pula, mereka akan tersenyum lebar sambil memasang angan2 untuk berpoligami.Agama Islam membenarkan Poligami, jika lelaki itu mampu,tetapi tidak pulak menggalakkan. Ramai kaum selalu salah faham mengenai erti sebenarnya poligami.Poligami boleh di umpamakan sebagai jalan susur di samping jalan utama. Ia tidak digalakkan sewenang-wenangnya, namun ia tidak juga dihalang secara total dan rigid.
Sesungguhnya Islam itu indah,praktikal dan realistik dalam menangani masalah manusia..Poligami memang di bolehkan sekiranya mereka berkemampuan dari segi materialistik dan rohaniah, disamping juga adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami bagi kesemua isterinya.
Apakah faktor2 yang mengharuskan poligami?
#Isteri tidak mampu melahirkan zuriat
Apabila membicara bab zuriat, kebiasaan lelaki menggunakan alasan sinomin ini untuk berpoligami, kononnya berpoligami adalah jalan terbaik daripada perceraian.Dalam konteks ini wanita harus melakukan pengorbanan yang mulia.. (Mampukah perempuan di sana melaksanakan pengorbanan ini...)
#Isteri Menderita Sakit Kronik dan Berpanjangan
Inilah juga salah satu faktor mengapa suami ingin berpoligami. Isteri yang menderita sakit yang kronik tidak mampu melayan suami baik dari segi zahir atau batin maka jalan terbaik untuk mengelakkan suami melakukan maksiat, si isteri redha membenarkan suaminya berkahwin lain.
#Suami Sering Bermusafir
Suami sering outstation?? Ada yang berbulan2 lamanya.. ataupun bertahun2..Bagaimana dengan tuntutan batin? Bagi para suami yang bermusafir untuk jangka masa yang lama, sang suami di haruskan berpoligami kerana ini satu cara untuk mengelakkan maksiat terjadi.
Sebenarnya ada banyak sebab2 untuk berpoligami..Islam itu indah..islam telah menetapkan hukum syarat yang mudah untuk berpoligami. Pokoknya sang suami harus bijak menangani, mengambil hati, melaksanakan tanggungjawab dgn penuh adil dan beretika untuk berpoligami.
Saya amat tertarik dengan penulisan satu artikel dari seorang blogger ni. Dari pengamatan saya..beliau bole saya tafsirkan seorang cekal, tabah dan sentiasa bermuhasabah diri dan berfikiran positif. Hasil penulisannya amat menyentuh jiwa saya, walaupun masih mentah dalam hidup bermadu, tetapi beliau amat positif.
Ini di antara luahan hati beliau :-
Sebenarnya ada banyak sebab2 untuk berpoligami..Islam itu indah..islam telah menetapkan hukum syarat yang mudah untuk berpoligami. Pokoknya sang suami harus bijak menangani, mengambil hati, melaksanakan tanggungjawab dgn penuh adil dan beretika untuk berpoligami.
Saya amat tertarik dengan penulisan satu artikel dari seorang blogger ni. Dari pengamatan saya..beliau bole saya tafsirkan seorang cekal, tabah dan sentiasa bermuhasabah diri dan berfikiran positif. Hasil penulisannya amat menyentuh jiwa saya, walaupun masih mentah dalam hidup bermadu, tetapi beliau amat positif.
Ini di antara luahan hati beliau :-
"Apa pengalaman nurul menjadi isteri kedua..?" Tanya seorang ukhti.
Pengalaman yang macam mana tu..? Bagi saya, samalah seperti perkahwinan
biasa – ada yang susah, ada yang senang, ada yang baik, ada yang sedih,
ada yang ceria, ada yang tak baik, ada yang menarik…
Kita kongsikan yang baik-baiklah ya…
Hmm mungkin ada sebahagian kita yang tidak selesa dengan topik ini,
namun izinkan saya berkongsi untuk mereka yang ingin mengumpul kisah dan
pengajaran mengenai alam poligami.
Saya tidak menyuruh semua terlibat dengan poligami, namun semakin
meningkatnya jumlah pasangan yang berpoligami, maka itulah salah satu
tujuan perkongsian saya tentang poligami – memberi pendedahan atau
mempersiapkan perasaan dan fikiran untuk kita menempuh alam yang
isteimewa ini.
Saya pun berfikir-fikir perkara yang baik untuk dikongsi - yang relevan
dengan kehidupan sebagai kehidupan berpoligami. Hmm apa ya..?
Pertama, membantu memelihara rasa cinta di hati isteri. Cinta kepada
suami. Juga cinta kepadaNYA. Setiap minggu, suami saya akan berada di
rumah saya dua atau tiga hari. Hari-hari lainnya, suami samaada di rumah
kakak isteri pertama atau suami bekerja di dalam/luar negara. Dua atau
tiga hari inilah masa bersama suami, dimanfaatkan untuk kami sama-sama
menghidupkan baitul muslim ini. Baru bertemu, kemudian berpisah.
Waktu kami saling berbaik-baik, perpisahan itu nyata makin menghidupkan
perasaan, saling merindui dan mengharapkan lagi pertemuan. Waktu diuji
dengan konflik di alam penyesuaian, perpisahan itu ruang merenung
kesalahan dan memperbaiki kesilapan.. hmm samaada poligami dan monogami,
setiap pernikahan ada masa berbaik-baik dan gaduh-gaduh kan...?;)
Cinta kepadaNYA .. moga makin mendalam. Moga poligami jadi wasilah yang
mengeratkan kita pada tuhan. InsyaALLAH. Waktu sering ketiadaan suami,
siapakah peneman? Siapakah pelindung? Siapakah pemelihara? Siapakah
pendengar? ( hmm tapi bukankah sepatutnya pada ketika ada suami pun,
ALLAH tetap menjadi peneman dan pelindung ...??? bukankah kekuatan dan
pertolongan itu semuanya milik ALLAH…??)
Poligami membantu membawa diri ini mengingati suami sebagai pinjaman
tuhan.. sehari dua ALLAH pinjamkan, suami kemudian pergi lagi. Kalau
selepas itu tiada lagi pertemuan..? Maka sering saja perpisahan itu
direncana agar berpisah dalam hati yang paling baik, penuh kasih sayang
dan kemaafan.
Ya ALLAH bantulah kami menjadi hamba bertaqwa - agar kami berkasih
sayang di dunia dan syurga... jadikan kami teman yang tidak bermusuhan
di hari akhirat, jangan kami tidak lagi ENGKAU benarkan bertemu.
Kedua, isteri mendapat ruang kerehatan. Hak suami itu banyak.. hak
lahiriah dan batiniah. Bukan sekadar menjaga makan minum, pakaian,
hubungan seksual tapi yang lebih besar ialah pada seorang suami, isteri
itu seharusnya wasilah terbaik meraih ketenangan dan memantapkan
keimanan (walaupun ketenangan sebenar hanyalah pada hati yang
zikrullah..)
Alhamdulillah jika kita adalah para isteri 24 jam sehari dan 7 hari
seminggu menjadi isteri yang ceria, sabar, mendamaikan, penuh prihatin
tapi sebenarnya dalam arus zaman yang bergerak laju, isteri
kadang-kadang tak boleh cope dengan semua tuntutan.. Isteri pun ada
waktu bermasam muka, murung, panas hati, sedih, bosan.. mudah saja untuk
tampil keras dan kaku dengan roomate bernama suami..
Jadi dengan syariat poligami yang ALLAH gariskan, dengan hari-hari
kebersamaan suami isteri yang terbatas, para isteri insyaALLAH punya
ruang mempersiapkan dirinya yang terbaik dari segi fizikal, emosi dan
fikiran untuk melayani suami dengan sewajarnya.
Yang penting, persiapan ruhiyyah yang tinggi juga harus dibina agar hati
isteri dan hati suami selalu bersambung dengan kasih sayang ALLAH. (ohh
bukankah dalam setiap keadaan ruhiyyahnya harus teguh…)
Semestinya suami mengharap isteri sumber ketenangan setelah di asak
tekanan di tempat kerja - menghadapi kerenah anak buah atau bos, godaan
materialistik dan sosial yang melemahkan iman, godaan dan ujian
perempuan-perempuan yang jahil di luar sana, etc.. Isteri sangat
diharapkan menjadi penghibur, penenang, motivator dan kaunselor.
Wah, suami saja kah yang diasak tekanan… perempuan atau isteri tak tertekan dengan kerja dan tanggungjawab lain..?
Tertekan juga, tapi perempuan sebenarnya lagi kuat. Lebih sabar, lebih
lembut dan lebih cool berbanding lelaki hee.. Perempuan lebih baik dalam
mengurus emosi kadang-kadang. InsyaALLAH andai iman menjadi perhiasan
di hati-hati kita, di balik kesulitan, ada ketenangan yang menemani
tingkahlaku dan ucapkata.. [ tak lah semudah yang di ungkapkan..]
Maka, poligami memberi sedikit time-break untuk isteri mengecaj hati
hingga mampu bertemu suami dengan kondisi hati paling lapang dan
menghiburkan..
Tapi kan, realitinya amat payah.. nafsu buruk dan syaitan durjana sering
ingin mengucar kacirkan keadaan, benda-benda remeh mudah saja buat
isteri merajuk menjauhi suami, benda-benda remeh mudah buat suami
memarahi isteri..
Ketika suami di rumah, pastilah suami suka isteri-isterinya nya bagi
perhatian penuh padanya, menyediakan keperluan sebaiknya etc..
Duhai para isteri, setuju tak khidmat pada suami dan rumahtangga ini
meletihkan ...? Ya, ikhlas memang ada insyaALLAH tapi penatnya boleh
tahan juga... :D
“Fuhh..lega suami akak pergi outstation tiga hari.. kalau tak, penat...
mana nak layan anak lagi, nak masak untuk suami, nak siapkan kerja
sekolah lagi…” ini antara dialog biasa yang didengar bila para isteri
berkampung.
Justeru, poligami menyediakan kerehatan insyaALLAH. Merehatkan hati dan
fikiran dari tanggungjawab isteri, boleh alihkan perhatian pada ibu
bapa, anak-anak, rakan taulan, saudara seagama dan ummah yang merindui
peribadi yang menegakkan agamanya..
Sebenarnya, kalau nak cerita kebaikan syariat poligami ALLAH ke atas
kehidupan para hambaNYA, tak cukup dengan satu blog… Dan kemanisan jua
kebaikan poligami ini dirasai berbeza-beza oleh suami dan isteri-isteri.
Untuk saya, inilah secebis kebaikannya. Untuk para isteri lain, saya percaya ada kebaikan dan cabaran tersendiri.
Dengan usia pernikahan saya baru tiga tahun, mungkin kata orang -
realiti alam rumahtangga belum menjengah ya..? Apapun, terus lah kita
saling mengingatkan dengan kesabaran dan kasih sayang..