Monday, 6 February 2012

Bahagiakah Tanpa Zuriat??

Salam Malidur Rasul 1432H :)

Marilah kita sama2 berselawat ke atas nabi junjungan kita...jadikanlah sunnah dan Al-Quran sebagai panduan kita ..Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Entri kali Sue nak kongsikan kepada readers terutama yang dah berkahwin...hahah..yang belum kahwin atau akan berkahwinlah bole ambik sebagai tips dan panduan.
Tentu ramai kenal ngan Ustazah Dato'Siti Nor Bahyah dan suami..yang popular dalam rancangan Semanis Kurma setiap Khamis di TV9 jam 10.00mlm. Sue salah sorang penonton tegar rancangan tersebut, setiap topik yang di bincangkan memberi kupasan yang menarik dan banyak memberi info kepada Sue.
Kalo tak silap 2 bulan lepas bulan 12, topik menarik di bincangkan iaitu Bahagiakah Tanpa Zuriat??
Wahhhh menarik tajuk kali nie...tak bole miss tengok nie, kata saya

Masa kita anak dara dulu.. sedara, kwn2, kelik.. selalu tanya..bila nak kahwin?? cepatlah kahwin umur makin bertambah ..lambat kahwin nnti anak dara tua.. itulah soalan lazim yang biasa kita dengar masa jd anak dara dulu kan ..

Bila dah kahwin pulak... dah ada ke? dah ngandung ke? eh bila lagi nih? cepat2 lah dapat anak? ada anak best tau.! Rugi kahwin tak ada anak...itulah soalan lazim dan sindiran sinis yang selalu kita dengar bila kita dah berkahwin.


Credit picture to Google

Pasangan yang dah berkahwin bertahun lamanya tentu mengimpikan zuriat sebagai penyeri rumahtangga mereka.Dalam hal ini Sue juga tidak terkecuali. Sue dan suami berkahwin hampir 6 tahun..begitu pantas masa berlalu. Pada tahun pertama perkahwinan kesannya belum lagi terasa,kerana bagi kami masih terlalu awal untuk  mempunyai zuriat sendiri. Masuk tahun ke-2 mula dengar sedara-mara tanya...tapi di waktu itu kesannya belum lagi terasa. Yelah zaman sekarang, ramai pasangan merancang 2-3 tahun utk mempunyai zuriat sendiri.
Masuk tahun  3, saya dan suami berkira2 utk mempunyai zuriat sendiri..kerana 2 tahun hidup berdua sudah cukup bagi kami.Setahun demi setahun menunggu..sehingga lah masuk tahun ke 6 tanda2 utk mempunyai zuriat sendiri belum menampakkan hasilnya.

Saya pasrah,redha dengan ujian Allah. Sindiran sinis, dr teman2, sedara mara, jiran tetangga sudah lali di telinga saya.Pelbagai tohmahan yang di lemparkan kepada saya...bila soalan lazim tersebut di ajukan kepada saya , saya hanya tersenyum kelat, menjawab; "belum ada rezeki"Saya berterima kasih kpd teman2 yang memhami situasi saya, banyaklah bersabar..insyaAllah ada rezekinya nanti..Allah sedang menguji kamu" keyakinan dan semangat saya datang semula,tatkalanya hampir padam..

Berubat?? sudah puas mencuba..baik tradisional ataupun klinikal dah pelbagai usaha saya dan suami lakukan.Apa bila saya mendengar ulasan dari Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya, semangat baru datang dalam jiwa saya.
Mengapa saya harus mengeluh dengan ujian Allah... sedangkan Nabi Zakaria di uji oleh Allah SWT tidak mempunyai zuriat sehinggalah beliau tua dan isterinya pula mandul..Maha Suci Allah.. Allah telah kabulkan doa beliau seperti yang di riwayatkan dalam Surah Al-Imran Ayat 38.
Sedangkan Nabi di uji begitu hebat oleh Allah,apatah kita manusia biasa yang punya banyak dosa ini tidak mampu untuk bersabar?
Sesungguhnya sabar itu perit untuk di laksanakan kecuali orang-orang yang beriman.

Begitulah sedikit sebanyak kisah saya kongsikan untuk readers semua. Di antara tip2 dan doa2 yang baik untuk di amalkan.

1.Perbanyakkan minum air suam dan madu asli
2.Minum susu kambing di campur sekali dengan7 biji kurma setiap pagi.
3.Perbanyakkan bersedekah dan beristifar
4.Amalkan Surah Anbia ayat 39, Surah Al-Saafat ayat 100, Surah Mariam ayat 1-5 &10
5.Amalkan doa Nabi Zakaria Surah Al-Imran ayat 38 
6.Perbanyakkan membaca Surah Al-Waqiah

Kepada pasangan yang juga senasib dengan saya, kita tidak berseorangan, ketahuilah ada ramai pasangan yang menghadapi masalah yang sama...setiap ujian yang Allah berikah ada hikmahnya.
Perbanyakkan doa, semoga Allah mengabulkan doa kita.Amin.